Tahniah, Selamat Pengantin Baru Intan dan Harris

Selamat pengantin baru diucapkan buat pasngan sama cantik sama padan Intan Ladyana dan Harris Alif. Jika sebelum ini pasngan ini mengumumkan akan bernikah pada 6 Februari namun nampaknya tarikh tersebut telah dipercepatkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan mereka juga perlu patuh terhadap SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan buat pasngan yang ingin bernikah.

Setelah sekian lama menyulam cinta, akhirnya pasngan sejoli ini telahpun di satukan hari ini. Sebelum ini Haris mendedahkan beliau telah masuk merisik buah hatinya itu sekitar bulan Julai 2020. Haris menjelaskan dirinya mempunyai keserasian dengan Intan setelah semakin lama mengenai Intan.

Hubungan mereka berdua dihidu wartawan setelah Haris memuatnaik gambar bersama Intan semasa perayaan hari raya tahun lalu. Ditanya mengenai penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak keluarga, Intan berkata keluarga Haris menerima dirinya seadanya dan keluarga Intan juga menerima Haris dan selesa dengan personaliti Haris.

Hubungan pasngan ini menjadi buah mulut dalam kalangan netizen kerana perbezaan usia yang terlalu ketara di antara Intan dan juga Harris. Mereka berdua berjaya menepis dakwaan netizen yang menganggap hubungan percintaan tersebut sebagai tidak serius.

Walaupun mereka berdua bercinta tidak sampai setahun, Haris menjelaskan beliau percaya dengan jodoh. Oleh itu tempoh perkenalan beliau dengan Intan tidak pernah menjadi masalah buat dirinya.

Mengenai kerjaya lakonan, Intan memaklumkan bahawa beliau tetap akan meneruskan kerjaya beliau sebagai seorang pelakon. Haris berkata dirinya akan fokus kepada bidang pengacaraan dan nyanyian sahaja.

Sebagai suami beliau tidak menghalang serta memberikan peluang kepada Intan untuk berlakon. Mereka berdua juga tidak menolak sekiranya ada tawaran untuk berlakon bersama.

Menerusi Instagram Intan Ladyana, beliau baru sahaja memuatnaik gambar dirinya dalam persalinan busana pengantin serba putih. Beliau berkongsi gambar berkenaan di Instagram beliau buat tatapan para peminat yang sudah tidak sabar untuk menatap wajah pengantin baru itu.

Mendedahkan detik perkenalan, mereka berdua berkata platform Instagram dikatakan menjadi medium untuk mereka berdua berkenalan dengan lebih rapat.

Walaupun mereka berdua telah lama saling mengenai sebelum ini namun hubungan tersebut menjadi kian rapat hanya akhir-akhir ini setelah menyedari mempunyai keserasian antara satu sama lain.

Dengan caption yang ditulis Intan bahawa pakaian berkenaan adalah untuk upacara akad nikah, ruangan komen gambar berkenaan dipenuhi ucapan tahniah daripada para peminat beliau.

Para peminat memuji wajah intan yang cantik dan berseri bergelar raja sehari. Rata-rata juga mendoakan agar rumahtangga yang baru dibina itu berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.

Mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang menyokong dan mendoakan hubungan mereka berdua selama ini.

Mudah-mudahan rumahtangga yang baru dibina ini berkekalan. Tahniah di ucapkan sekali lagi buat pasngan sama cantik sama padan ini.

Sumber: Instagram intan ladyana, fillea_studio

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*