“Tahniah, kak Nabila Huda cantik dapat baby baru”- Netizen

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti ingin memiliki zuriat untuk menceriakan lagi suasana rumah tangga mereka. Tak dapat disangkal lagi, kehadiran cahaya mata juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Namun, ada sesetengah pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan rezeki dan menanti cahaya mata dengan penuh kesabaran. Perancangan Allah adalah segala-galanya..

Buat pasangan Nabila Huda dan suaminya Mohd Izwan, mereka masih menantikan kehadiran cahaya mata sejak berkahwin pada tahun 2015.

Seperti yang ramai ketahui, Nabila mempunyai seorang cahaya mata bernama Keisha Laila hasil perkahwinan pertamanya dahulu. Dan kini, Nabila juga sudah memasang niat mahukan cahaya mata kedua sebagai peneman anaknya.

Keisha yang kini sudah berusia 11 tahun dilihat cukup rapat dengan bapa tirinya dari kecil hingga lah sekarang.

Sementara itu, baru baru ini Nabila memuatnaik satu video yang mengejutkan ramai pihak. Video tersebut memaparkan peruut seseorang yang sedang melakukan pemeriksaan kandungan.

Pada awalnya, ramai menyangka perut tersebut adalah peruut milik Nabila namun ia hanyalah sekadar paparan video sahaja. Sejauh mana kebenaran video tersebut? Masih belum ada pengumuman rasmi daripada Nabila.

Ramai peminat Nabila memenuhi ruangan komen mendoakan agar Nabila dikurniakan zuriat tidak lama lagi. Tak lupa juga, ramai memberi kata-kata semangat buat pengacara Melodi ini.

“InsyaAllah ada rezeki nanti tu, semoga Allah perkenankan doa, insyaAllah satu hari nanti”- Netizen

Selain itu, video yang dimuatnaik Nabila itu telah menerima tontonan hampir 500,000 dengan ratusan komen daripada netizen.

Semoga doa Nabila Huda diperkenankan. Mana tahu boleh dapat baby boy lepas ni kan hehe..

Sumber: Instagram kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!