Tahniah Dayana Roza, selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz

Pelakon wanita Dayana Roza telah selamat bernikah bersama pilihan hatinya A’dale Adham. Majlis ringkas yang diadakan sekitar pagi tadi hanya menjemput keluarga dan saudara mara terdekat sahaja bagi menjaga SOP yang telah di syaratkan oleh pihak kerajaan. Beliau yang mengikat tali pertunangan sekitar bulan ogos tahun ini mengakhiri ikatan tersebut dengan pernikahan setelah empat bulan bertunang.

Dayana atau nama sebenar beliau Nur Dayana binti Kamsun Baharin itu dicungkil bakatnya menerusi program Anak Wayang dengan meraih tempat ketiga pada tahun 2009.

Nama beliau memuncak dan semakin dikenali setelah menerajui drama Asam Pedas untuk Dia bersama pelakon Syukri Yahaya pada tahun 2015.

Benarlah kata orang andai sudah jodoh pasti tidak kemana. Hubungan persahabatan sekian lama sejak 6 tahun lalu yang bermula dari perasaan benci akhirnya bertukar menjadi sayang dan hari ini menyaksikan hubungan  mereka beralih ke fasa baru sebagai suami isteri.

A’dele Adham yang merupakan seorang ahli perniagaan terpesona dengan kecantikan dan sikap Dayana membuatkan dirinya sering menyakat Dayana dengan mengajak wanita berkenaan untuk mendirikan rumahtangga bersamanya.

A’dale dikatakan pandai mengambil hati ibu Dayana membuatkan pelakon drama Ajari Playboy Itu terpikat dengan sisi istimewa yang ada pada jejaka tersebut. Berikut merupakan video sekitar majlis akad nikah pagi tadi.

Para peminat tumpang gembira dan mengucapkan tahniah sempena hari bahagia Dayana. Mereka berdua merancang untuk berbulan madu di Langkawi dan tidak menolak jika dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

Selamat menjalani kehidupan berumahtangga diucapkan buat Dayana dan suami. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina ini berkekalan sampai bila-bila hendaknya.

Sumber: Instagram abpbh33

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*