“Tah bila tah nk bgtau nama anak, apa rahsia sgt” – Netizen

Pasaangan pelakon yang sama cantik dan sama padan iaitu pasaangan Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim Ridza telahpun berkongsi gambar anak sulung mereka di instagram masing-masing pada 8 Januari yang lalu. Mereka berdua mengumumkan bahawa anak mereka telah pun dilahirkan pada 5 Januari dan kini sedang diulit bahagia dengan kehadiran buah hati sulung.

Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumahtangga pada 20 Feb 2020 setelah beberapa tahun berkenalan. Pasngan ini walaubagaimanapun masih belum berkongsikan nama anak mereka berdua kepada para peminat.

Sebelum ini, tindakan pasngan tersebut untuk terbang ke Australia bagi melalui proses kelahiran di sana telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan para peminat.

Bagaimanapun mereka berdua menjelaskan situasi tersebut bahawa keputusan itu dibuat kerana keluarga Zahirah sememangnya menetap di Perth Australia dan Zahirah pastinya mahu melalui proses berpantang dan menimba ilmu dalam membesarkan anak sulung bersama ibunda tersayang.

Menerusi perkongsian terkini Instagram, Aiman memuatnaik 2 keping gambar anaknya yang sedang tidur bersama Zahirah. Aiman mengucapkan selamat hari lahir buat isterinya dan meluahkan rasa syukur kerana Zahirah sudi telah menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak mereka.

Aiman juga mengucapkan penghargaan buat Zahirah yang telah berkorban masa, badan, usia dan hari lahirnya untuk membesarkan anak mereka berdua dengan penuh kasih sayang. Aiman juga berkata beliau tidak sabar untuk menunggu isterinya itu menghabiskan tempoh berpantang demi meraikan hari lahir Zahirah.

Sebelum ini Zahirah berkongsi perasaan teruja dan gembira dengan perjalanan kehamilan dan kelahiran anak lelaki sulungnya itu. Kelahiran cahaya mata menjadi detik paling indah buat beliau dan suaminya.

Zahirah bagaimanapun hanya mendedahkan sebahagian sahaja wajah anak sulungnya itu buat tatapan para peminat yang ternantikan untuk melihat buah hati sulung pasaangan ini.

Posting berkenaan dihujani ucapan selamat hari lahir buat Zahirah daripada para peminat dan para pengikut pasaangan ini di Instagram. Namun begitu, terdapat seorang individu yang mngalkan komen yang kurang senang kerana tidak sabar menanti pengumuman nama anak dibuat oleh pasaangan ini.

Bagaimanapun komen individu itu telah mendapat kritikan daripada para peminat pasngan tersebut. Berikut dikongsikan komen para peminat.

Selamat menghabiskan tempoh pantang diucapkan kepada Zahirah dan buat mereka berdua pula selamat melalui perjalanan baru sebagai ibu dan bapa. Sebelum ini wajah comel anak pasngan ini mencuri tumpuan kerana mempunyai lesung pipit di pipi.

Para peminat turut memuji kecomelan wajah bayi tersebut dan tidak sabar untuk pasngan ini mendedahkan nama dan keseluruhan wajah anak mereka kepada para peminat.

Sumber: ig aimanhakimridza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*