“Syukur ko kan, dan2 minum kacip fatimah” – Netizen

Tular sebelum ini mengenai kisah rumahtangga pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie yang telah pun berpisah dengan bekas suaminya hanya setelah 6 bulan mendirikan rumahtangga. Buat para peminat dan pengikut akaun Instagram mereka berdua pastinya menerima khabar berita tersebut dengan cukup terkejut dan sedih kerana selama mereka berkawan sebelum ini pasngan ini sangat rapat dan serasi.

Zarina Anjoulie dan Eilyas Azhar baru sahaja mendirikan rumahtangga sekitar bulan julai tahun lalu manakala pengumuman mengenai percraian dibuat pada bulan lalu iaitu kira-kira sekitar 6 bulan setelah mereka bernikah. Menurut Zarina yang mesra di panggil Anju, keputusan untuk bercrai dengan Eilyas Azhar atau mesra di panggil Yas kerana mereka sudah tidak lagi sehaluan.

Anju berkata beliau dan Yas tidak menghadapi sebarang masalah bersama Yas namun merasakan keputusan untuk berkahwin  dibuat secara tergesa-gesa ketika itu. Anju turut menambah desakan orang sekeliling menjadi faktor keputusan untuk berkahwin dibuat untuk memuaskan hati orang lain turut menjadi punca percraian itu berlaku.

Pasngan tersebut berpisah secara baik dan Zarina menerusi video yang mendedahkan punca percraiannya sempat berpesan kepada para wanita diluarsana supaya membuat keputusan dan membuat pilihan yang bijak mengikut kemahuan diri sendiri agar tidak mengulangi kesilapan yang dibuat oleh beliau.

Menjengah ke Instagram Anju di dapati gambar dan video bersama bekas suaminya masih belum dipadam dan Anju masih menyimpan gambar-gambar kenangan bersama bekas suaminya itu.

Terkini menerusi Instagram, Anju telah memuatnaik sebuah video menerusi Instagram story memberikan bayangan bahawa hubungan beliau dan bekas suaminya itu sudah kembali pulih.

Mengesahkan juga perkara berkenaan apabila Zarina baru sahaja memuatnaik video beliau bersama Elyas pergi ke Kompleks Kehakiman Syariah bersama-sama dipercayai untuk urusan rujuk semula sebagai suami isteri.

Menerusi caption di video tersebut Anju meluahkan rasa kesyukuran serta mengucapkan terima kasih kepada netizen yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada dirinya.

Rata-rata para peminat yang telah mengikuti kehidupan pasngan ini begitu gembira dengan perkhabaran yang cukup baik tersebut dan mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya pasngan ini kembali bersatu. Anak kepada Zarina iaitu Mateen sangat rapat dengan Ilyas, mudah-mudahan hubungan yang kembali terjalin ini akan memberikan kebaikan buat Mateen.

Para peminat juga mendoakan supaya hubungan mereka kali ini akan  berpanjangan dan kekal bahagia untuk jangka masa lebih lama. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen buat Zarina dan suaminya.

“Yeay hppy for mateen actually..sbb die mcm syg sgt kt yas” – Netizen

“Alhamdullilah semoga berbahagia selalu anju & yas “ – Netizen

“Alhamdulillah happy tgk anju n yas da kembali smula” – Netizen

“Syukur alhamdulillah berkekalan msjid yg dibina….Aamiin” – Netizen

“Semoga yg baik² aje utk anju n yas..bercinta sampai ke hujung nyaawa ye.aamiin” – Netizen

“Alhamdulillah, semoga yg baik2 utk anju dan yas, berbahagia selalu hingha Jannah” – Netizen

“kacip patimah terusss. Tacodddddd” – Netizen

“Alhamdulillah.. kalo dh jodoh, tak ke mana.. tahniah uolls.. “ – Netizen

“Bila tengok anju dah start shooting , selalu terfikir, kalau ada yas, mesti yas akan jadi manager anju, teman anju..skrg Alhamdulillah ada yg teman & jaga anju…” – Netizen

“Alhamdulillah.. Suke tgk anju dgn yas bersatu. mcm ade keserasian kamu berdua.. Moga kekal smpai akhir hayat” – Netizen

Bagus la tu, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana. Ternyata jodoh mereka berdua masih kuat. Doakan yang baik-baik buat Anju semoga hubungan beliau kali ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber: ig anjoulielacovah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!