“Syukur alhamdulillah, doakan kandungan bertahan sampai 9 bulan”- Syatilla Melvin

Kurniaan cahaya mata adalah satu anugerah yang cukup istimewa buat pasangan suami isteri. Kehadiran cahaya mata juga antara salah satu pembawa rezeki buat suami isteri. Selepas tiga kali keguguran, akhirnya pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi selepas Syatila umum dirinya hamil. Tahniah buat Syatilla dan Shaheizy.

Berita gembira yang diumumkan oleh Syatilla itu telah dikongsi menerusi laman Instagramnya. Syatilla menerusi kapsyen yang ditulis pohon doa daripada netizen agar kandungannya bertahan sehingga 9 minggu apabila sebelum ini pernah mengalami keguguran.

Posting yang dimuatnaik Syatilla telah menjadi perhatian peminat-peminatnya dan ramai menzahirkan perasaan teruja serta ucapan tahniah buat Syatilla dan Shaheizy.

“Tahniah Syatilla & Sam, tak sabar nak tengok junior korang, betul betul work from home ni hahaha”- Netizen

Selain itu, Keluarga pasangan selebriti popular ini sentiasa menceriakan peminatnya dengan video gelagat mereka sekeluarga. Ada sahaja gelagat Syatilla dan Shaheizy bersama anak-anak yang menghiburkan netizen.

Syatilla dan Shaheizy masing-masing juga kini aktif berbisnes dan mendapat sambutan dalam kalangan pengikut mereka.

Akhirnya Allah dengar doa Syatilla dan Sam. Semoga dipermudahkan buat mereka berdua, lepas ni makinriuh lagi family diorang hehe

Sumber: Instagram Syatilamelvin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!