“Syaiton nirojim ko Hakim, satu Malaysia tertipu Mika anak Ean” – Netizen

Drama Takdir yang Tertulis akhirnya telahpun selesai melabuhkan tirai dengan menayangkan beberapa babak terakhir yang ditunggu-tunggu oleh para penonton. Sekian lama penonton tertunggu masa untuk Azlan ketahui bahawa Mika bukanlah anak kandungnya dari permulaan drama akhirnya telah di paparkan dalam episode terakhir. Lebih menyedihkan apabila Mika sendiri yang menjelaskan segala-galanya kepada Azlan.

Babak berkenaan benar-benar menyentuh jiwa dan membuatkan para penonton merasa cukup sebak dengan apa yang perlu Azlan lalui. Ramai yang memuji penghayatan yang dilakonkan oleh Nazim Othman kerana berjaya membuatkan rata-rata penonton mengalirkan air mata menyaksikan babak Azlan mencraikan Ruhila kerana terlalu sedih dengan apa yang menimpanya.

Juweta akhirnya telah berubah menjadi seorang yang lebih memahami orang lain dan tidak lagi menjadi seorang bos yang sangat eg0 serta penting diri.

Perubahan watak Juweta juga cukup diterima baik oleh penonton. Juweta akhirnya bahagia dengan Mika dan kehidupannya sendiri.

Ean dan Ruhila akhirnya bersama kembali dan bahagia dengan cara mereka. Ketika para penonton di ulik emosi kerana keberkesanan Nazim Othman membawakan watak Azlan yang terluuka kerana ditipu oleh isterinya selama ini, penonton hanya membuat tekaan pengakhiran drama tersebut mengenai pasngan manakah yang bakal bersatu.

Setelah babak emosi semasa Azlan mencraikan Ruhila, penonton sudah dapat meneka bahawa pengakhiran episode sudah semstinya Ean dan Ruhila bakal bersama kerana Mika adalah anak mereka berdua.

Namun sebagai pengarah berpengalaman, Shahrulezad begitu bijak menangkap emosi penonton apabila di akhir babak penutup memaparkan Hakim berada di dalam bilik bersama Ruhila semasa kejadian pasngan berkenaan tidak sedarkan diri membuatkan para penonton merasa terkejut dan tertipu.

Penonton menyangka selama ini bahawa Mika adalah anak Ean kerana dalam episode sebelum ini Ruhila dan Ean di katakan sudah terlanjur apabila mereka berdua tidak sedarkan diri setelah mab0k.

Menjengah ke Instagram Muaz Fitri Maslan yang membawakan watak Hakim, dalam diam rupanya selama ni beliau telah memberikan beberapa bayangan kepada para penonton namun ramai yang beranggapan bahawa Mika adalah anak kepada Ean dan emosi para penonton hanya tertumpu kepada konflik cerita yang berlaku keatas teraju utama.

Hakim dahulunya menaruh hati kepada Juweta namun kerana personaliti beliau ketika universiti sebagai ulat buku membuatkan Juweta telah menolak lamaran Hakim dan memaluukan Hakim di hadapan semua rakan universiti.

Kerana dndam yang membara membuatkan Hakim bertindak untuk berpakat dengan Ibu Ruhila Che Salmah untuk menjatuhkan Juweta namun siapa sangka Hakim juga turut menganiayai Ruhila.

Drama yang sarat dengan plot twist sehingga ke pengakhiran itu membuatkan para penonton berkata mereka merasa tertipu dengan pengakhiran drama berkenaan. Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan netizen di ruangan Instagram Muaz Fitri Maslan.

Padu betul plot twist yang di garap oleh pengarah drama ini. Tidak hairanlah drama arahan beliau sebelum ini sentiasa menjadi buah mulut dan bualan hangat para penggemar drama melayu seperti drama Nur.

Penamat drama pastinya memberikan pelbagai reaksi buat penonton. Mungkin ada yang berpuas hati dan ada yang sebaliknya. Bagaimanapun jalan cerita drama kebanyakkan hanyalah rekaan oleh penulis skrip dan pengarah sahaja. Oleh itu sebagai penonton yang waras kita perlulah bijak mengawal emosi ya.

Sumber: ig muazfitrimaslan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*