“Sy telah beri nafkah kpd anak2 sy setiap bln tnpa gagal, sy ada bukti” – Aidil Zafuan akhirnya bersuara

Aidil Zafuan merupakan seorang pemain bola sepak kebangsaan yang kini bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Sebagai seorang atlet bola sepak, beliau sememangnya dikenali ramai, tambahan pula beliau pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Rita Rudaini dan hasil pernikahan itu Aidil mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Hubungan Aidil dan Rita tidak bertahan lama apabila mereka berdua membuat keputusan untuk bercrai pada tahun 2013. Umum mengetahui pasngan tersebut melalui beberapa episod berbalas kenyataan di media sosial suatu ketika dahulu setelah berpisah dengan Rita. Aidil kemudiannya mendirikan rumahtangga bersama Zarema Zainal dan kini mempunyai 2 orang cahaya mata.

Baru-baru ini bekas isterinya telah mendedahkan tidak dapat membuat tuntutan perlepasan cukai bagi perbelanjaan keperluan persekolahan anak-anak dan berkata Aidil telah membuat tuntutan berkenaan walaupun kedua orang anak hasil pernikahan sebelum ini berada dalam jagaan Rita.

Setelah pendedahan tersebut tular, Aidil berkata beliau menerima beberapa kecaman daripada netizen yang menuduh dan mengatakan dirinya sebagai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab kerana culas menunaikan nafkah buat anak.

Terkesan dengan tuduhan yang kurang berasas itu, Aidil tampil memberikan kenyataan balas berhubung isu berkenaan. Aidil berkata kurang wajar untuk beliau bercerita lebih lanjut mengenai urusan peribadi beliau dan bekas isterinya itu menerusi media sosial dan akan membuat perbincangan bersama pihak peguam untuk tindakan selanjutnya

Memuatnaik penjelasan beliau secara panjang lebar di Instagram, terlebih dahulu Aidil menjelaskan bahawa kenyataan balas beliau itu bukan bermaksud untuk mengeruhkan keadaan dan menyalahkan mana-mana pihak namun beliau hanya tampil untuk mempertahankan diri kerana telah lama berdiam.

Ujar Aidil lagi adalah tidak manis untuk mencanang perihal peribadi kepada umum dan fahami impak media sosial kepada anak-anak yang sedang membesar.

Beliau berkata bahawa beliau mempunyai bukti membayar nafkah dan berhak menyatakan tanggungan kepada LHDN termasuk pembayaran nafkah anak-anak.

Aidil berkata masyarakat telah menuduh beliau tidak memberikan nafkah kerana pihak bekas isterinya itu tidak memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara tersebut sehingga menimbulkan keraguan orang ramai terhadap beliau dan mengatakan beliau seorang bapa tidak bertanggungjawab.

Netizen memuji tindakan Aidil yang mengambil sikap mendiamkan diri kerana mengetahui risiko sekiranya mendedahkan lebih banyak perkara peribadi melalui media sosial.

Orang luar tidak tahu perkara yang berlaku dalam keluarga kita dan mungkin akan bercakap apa sahaja menerusi apa yang mereka baca dan lihat. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen mengenai penjelasan Aidil itu.

“I feel u bro Aidil. Kita laki mmg fikir apa yg terbaik utk anak2, sbb tu kita berdiam diri. Tp tu lah bukan semua faham. Cukup Allah tahu apa dlm hati. The rest doesnt matter.” – Netizen

“Insyaallah Aidil..hanya Allah yang tahu.. alhamdulillah awak masih menjalankan kewajipan…semoga Allah merahmati keluarga yg ada skrg ni…yg ada bersama susah dan senang..yang tidak pernah bersyukur.. biarlah allah aje yang membalasnya….” – Netizen

“Semoga kemelut yg berlaku ini dapat diselesaikan dgn baik demi masa dpn ank2…air di cincang xkan putus..begitu juga kasih ayah trhadap anknya..semoga kedua2 belah pihak buangkan eg0 masing2 demi ank2 wlupun sudah tiada ikatan…” – Netizen

“Alah² netizen² ni pon..x hbs² ko nk mnyampuk dlm urusan orng lah..hal die biar ler die selesaikan sndiri ngn kluarga die..die tau lah ape yg die buat..korng xyah lah mnyebok sngat x psl2 boleh mnjatuhkan fitnah je lah” – Netizen

“Setuju… Bende mcm ni org luar x yah la masuk campur…org sebelah sane pon tok sah la menyebut tentang pihak sebelah sini… Jgn la terus menghukum bile mendgr satu pihak.

Sye x menyokong mane2… Tp sye fhm kepayahan membesar kan anak2 tanpa suami…. Netizen stop la menyalahkan sesape…” – Netizen

Aidil berharap penjelasan beliau itu dapat menjernihkan kembali keadaan dan beliau juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini kerana akan menyerahkan kepada pihak peguam bagi tindakan lanjut.

Beliau turut memberikan amaran kepada sesiapa yang cuba memfitnah, menghina dan mencaci beliau tanpa asas dan bukti sehingga nama beliau tercalar, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Sumber: ig aidil zafuan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*