“Sy ibu tgl ank 2 org, sy bersyukur sgt klu sha sudi bermadu utk tlg sy” – Netizen

Sha Hassan merupakan seorang usahawan kosmetik produk Shalicious. Perniagaan yang diusahakan oleh beliau dan suami itu sangat terkenal dalam kalangan masyarakat sehinggakan beliau berjaya memperoleh gelaran jutawan pada usia yang sangat muda iaitu sewaktu berusia 19 tahun. Minat beliau yang sangat mendalam terhadap perniagaan menjadikan beliau sebagai inspirasi kepada ramai anak muda di luar sana supaya berjaya menjadi seperti beliau.

Beliau kini telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang bernama Rayyan. Usahawan jelita yang berasal daripada Kelantan ini sering berkongsi rezeki bersama para pengikut akaun Instagram beliau.

Seperti mana usahawan yang lain, buat usahawan jelita berkenaan, media sosial adalah platform penting untuk beliau berkongsi mengenai perniagaan dan juga memberikan inspirasi kepada orang lain untuk meningkatkan ekonomi dan kehidupan mereka sendiri.

Di samping berkongsi mengenai perniagaan, Sha juga turut berkongsi kehidupan peribadinya bersama para peminat dan juga sahabat yang mengikuti beliau sejak daripada dulu.

Walaubagaimanapun pada zaman teknologi ini, ada pula individu yang terlebih “bijak” menggunakan platform media sosial apabila membuat permintaan yang kurang wajar kepada usahawan berkenaan.

Jika sebelum ini, ramai yang menagih simpati dan pertolongan menerusi media sosial, kali ini ada pula individu yang teringin berkongsi kebahagiaan usahawan jelita tersebut apabila meminta menjadi madu.

Permintaan tidak dijangka itu membuatkan usahawan jelita itu agak “seram” dan berkongsi tangkap layar mesej berkenaan bersama para pengikut akaun Instagram beliau.

Rata- rata netizen juga terkejut apabila membaca tangkap layar mesej individu berkenaan kerana tidak menyangka mesej yang pada awalnya mengundang simpati itu akhirnya mencetuskan kemarahan apabila individu tersebut ingin mengajak usahawan jelita itu bermadu.

Permintaan berkenaan benar- benar tidak masuk akal. Jika sebelum ini ada sahaja yang meminta pertolongan sumbangan kewangan dan barangan keperluan namun kali ini permintaan individu tersebut agak melampaui batas apabila meminta menjadi madu usahawan tersebut hanya kerana melihat sikap murah hati usahawan tersebut yang gemar berkongsi rezeki bersama para pengikut akaun Instagram beliau.

Tidak sangka ada juga yang sanggup mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Berikut dikongsikan komen- komen netizen terhadap perkongsian Sha tersebut.

“hahahha parok doh tino loni.. Jatey ramai pado ore tino.. Cari jah.. Mintk tu lemah lembut.. Pigak mintk toklaki ore.. Memey dok la nok buwi… Ingt key mintk duit.. Serem serem dooh la ore lonim… Soh ko gwe nyo ambik.. Suami org pon nyo kebah.. Penat sungguh” – Netizen

“Ingat update video & gambar 1 family nak simpan buat kenangan. Lahhhh rupanya ada yang minta dimadukan “ – Netizen

“sbor je laa.. btul2 ujian ni..brni2 je die mtk mcm tu..egt abg ricky tu nk kee..aduh,nape org skrg X pkir pnjg eh??klakor laa..” – Netizen

“Tapi dia betul2 menguji  ingat minta bantuan untuk anak dia. Lahh minta jadi madu. Ni baru orang kata, minta bantuan biar minta betul2 dia nikmati bantuan tu haha” – Netizen

“haha. mu xkenal lagi singa tino paling bekeng atas muka bumi nii. berani dia dm gitu.hahahhahaha ya tohann” – Netizen

Hati wanita mana yang tidak panas apabila ada wanita yang meminta untuk bermadu dengan suami sendiri. Begitulah realitinya dugaan yang perlu di lalui pada zaman media sosial ini.

Pelbagai ragam manusia yang boleh dilihat apabila media sosial menjadi tempat untuk mengadu nasib apatah lagi bila ada yang salah menggunakan media sosial untuk menghantar lamaran menjadi madu. Sabarlah Sha ya.

Sumber : ig shahassan22

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!