“Sy bl0ck bkn m4rah tp…”, digelar Ustaz D4jjal, PU Rahmat terpaksa sekat berpuluh org anti vksin

Kehadiran vksin bagaikan satu sinar harapan buat kebanyakkan dari kita yang sudah lama mengimpikan kehidupan yang bebas C0v1d19 seperti tahun-tahun sebelum ini. Negara juga akan memulakan proses vksinasi yang pertama bermula pada hari ini dan akan dilakukan secara berperingkat. Berita yang menggembirakan ini ternyata bakal membawa impak yang positif buat segenap masyarakat.

Setelah hampir setahun seluruh dunia menghadapi pndemik cvid19, kehadiran vksin pastinya akan menerima maklumbalas yang berbeza daripada setiap individu. Ada yang menyokong pengambilan v4ksin dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. Tidak kurang juga yang membuat pelbagai spekulasi akibat daripada proses vksinasi.

Sebagai seorang yang sering berdakwah dan menyebarkan ilmu agama kepada orang awam, PU Rahmat berkata beliau mendapat pelbagai persoalan mengenai vksin dan orang ramai juga kerap menjadikan beliau sebagai sumber rujukan.

Demi memberikan penjelasan kepada orang ramai, beliau telah memuatnaik sebuah video yang menerangkan mengenai tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk mengambil vksin C0v1d19 seperti yang telah diminta oleh kerajaan atas inisiatif beliau sendiri.

Tujuan beliau tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyebarkan kebaikan dan kesedaran mengenai vksin berkenaan. PU Rahmat juga berkata beliau mencontohi golongan alim ulama dan pakar perubatan yang lebih arif dan terlebih dahulu telah mengambil sntikan berkenaan.

Atas paksi sebagai seorang ustaz selebriti yang pernah lahir daripada sebuah program keagamaan iaitu Pencetus Umah suatu masa dahulu, beliau merasakan menjadi amanah untuk beliau menggunakan peng4ruh tersebut untuk mengajak orang ramai kearah kebaikan.

Bagaimanapun menerusi muatnaik terkini beliau di Instagram, beliau berkongsi telah menerima maklumbalas yang pelbagai daripada orang ramai. Pelbagai reaksi yang diperolehi sama ada yang menyokong beliau malahan tidak kurang juga yang menolak. Sehinggakan beliau telah digelar sebagai Ustaz D4jjal.

Adalah sangat tidak wajar menggelarkan PU Rahmat sebagai Ustaz D4jjal atau apa sahaja gelaran hanya kerana tidak bersetuju dengan beliau demi mengikut kefahaman sendiri.

Menurut PU Rahmat, beliau juga terpaksa menyekat berpuluh orang yang dipercayai anti vksin dan tidak dapat menerima pendapat beliau kerana bercanggah dengan kefahaman peribadi mereka.

Tindakan penyekat golongan berkenaan terpaksa dibuat oleh PU Rahmat kerana tidak mahu mereka berterusan membuat dosa dengan berkata sesuatu yang kurang elok kepada diri beliau hanya kerana tidak sependapat dalam hal vksin berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, di dapati masih ramai para pengikut akaun instagramnya yang memberikan sokongan buat PU Rahmat. Para pengikut beliau juga menasihati beliau supaya tidak berputus asa dan meneruskan dakwah seperti biasa kepada orang ramai.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang di tinggalkan oleh netizen.

PU Rahmat hanya menjalankan tanggungjawab beliau untuk memberikan kesedaran kepada kita semua. Pokok pangkalnya dalam urusan pengambilan vksin ini akhirnya terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat keputusan.

Buat masa ini tiada paksaan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar setiap rakyat mengambil vksin. Buat yang sukarela ingin mengambil vksin boleh ikuti langkah mudah mendaftarkan diri seperti yang telah di arahkan oleh kerajaan melalui applikasi mysejahtera.

Sumber: ig pu rahmat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*