“Sukar fahami apa yg berlaku”, Neelofa dan Pu Riz muat naik luahan menyentuh hati

Hubungan bekas pengacara Meletop iaitu Neelofa dan PU Riz ketika ini boleh digambarkan bagaikan retak menanti belah. Ikatan pertunangan sejak bulan November itu bagai sudah tidak dapat diselamatkan setelah dilanda pelbagai kontroversi sejak beberapa hari lepas. Spekulasi mengenai hubungan mereka menjadi bualan hangat netizen setelah adik beradik Neelofa memberikan bayangan tidak merestui hubungan tersebut menerusi muatnaik Instagram stories (IG Story).

Ibu dan adik beradik Neelofa juga telah bertindak untuk “unfollow” PU Riz di laman Instagram selain telah memadam foto ketika majlis merisik tempoh hari.

Sebagai rekod mengikut perancangan, Neelofa dan PU Riz bakal mendirikan rumahtangga pada penghujung Mac tahun hadapan.

Rentetan daripada kekecohan yang melanda hubungannya dan PU Riz beberapa hari ini, Neelofa telahpun tampil untuk membuat penjelasan menerusi laman sosial beliau mengenai perkara tersebut.

Neelofa menafikan sekerasnya mengenai tuduhan bahawa beliau terkena minyak pengasih dan kini sedang berubat. Neelofa juga turut menyangkal dakwaan bahawa beliau sudah bernikah dengan PU Riz di Kelantan dan ada membuat pemindahan wang sebanyak RM100K kepada PU Riz.

Menurut Neelofa, selama ini beliau merupakan seorang yang tidak pernah mempedulikan apa jua kontr0versi yang melanda.

Namun kali ini berbeza kerana melibatkan maruah kedua buah keluarga dan perlu untuk beliau memberikan penjelasan bagi menjernihkan keadaan dan menjaga maruah keluarga.

Menurut Neelofa lagi ketika ini kedua buah keluarga sedang mencari titik penyelesaian serta mencari cara terbaik dalam menyelesaikan isu yang berlaku.

Neelofa juga enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai status hubungannya dengan PU Riz tanpa persetujuan keluarga masing-masing dan memohon doa yang baik-baik buat dirinya.

Menjenguk ke instastory media sosial Neelofa dan PU Riz, mereka telah memuatnaik kata-kata motivasi yang berkait rapat dengan kehidupan mereka.

Difahamkan kata-kata motivasi yang dimuatnaik itu seolah-olah menggambarkan luahan hati Neelofa dan Pu Riz mengenai situasi yang sedang berlaku ketika ini.

Benarlah kata orang ikatan pertunangan merupakan fasa yang sangat berat kerana dalam fasa ini lah pasngan akan berdepan dengan pelbagai ujian dalam menentukan arah tuju dalam hubungan tersebut samaada berakhir dengan ikatan pernikahan atau sebaliknya.

Sesiapa jua yang sedang dalam perhubungan pastinya inginkan hubungan tersebut berakhir dengan perkahwinan dan kebahagiaan. Namun apa jua yang berlaku pastinya sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

Melihat kepada rata-rata komen yang ditinggalkan oleh netizen, mereka berpendapat bahawa perkara ini mungkin tidak akan kecoh sebegini sekiranya adik beradik dan keluarga Neelofa sendiri tidak mendedahkan perkara berkenaan kepada umum.

Bayangan yang mereka berikan di instastory masing-masing membuatkan netizen kreatif untuk mencari dan spekulasi sendiri kerana sifat ingin tahu mengenai perkara sebenar yang terjadi.

Neelofa merupakan figura yang begitu dikenali ramai disebabkan itulah orang ramai sangat mengambil berat mengenai dirinya dan apa jua mengenai dirinya sering mencuri tumpuan.

Sama-samalah kita doakan agar Neelofa terus tabah untuk mengharungi dugaan pertunangan ini. Moga Neelofa peroleh kebahagian yang dicarinya nanti.

Sumber: Instagram neelofa dan Pu riz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*