“Suka Cap tak pilih kasih beri nasihat, bini sendiri pun dia sound” – Netizen

Tidak semua orang dijadikan sempurna. Sudah tentu antara hikmah Yang Esa menjadikan umatnya berbeza-beza untuk melengkapkan kekurangan satu sama lain. Pelbagai cara boleh dilakukan bagi membantu ubah orang lain kepada lebih baik, antaranya melalui teguran. Barangkali itulah yang cuba dan sedang dilakukan penyanyi hip hop, Caprice atau Daddycap dengan nama sebenarnya, Ariz Ramli ini.

Seringkali menggunakan media sosialnya untuk membuat reviu dan mengulas isu-isu semasa, banyak perkongsian menarik diketengahkan Cap yang barangkali dapat membuka mata dan minda ramai.

Menjengah antara hantarannya di IG nya yang terbaharu, disentuh Cap adalah kaedah marketing di negara ini oleh usahawan terkenal. Tak ketinggalan isu tudung isteri seseorang yang dikenali ramai.

Apa yang mencuit hati dan menarik perhatian netizen, selain meminta netizen mendoakan yang baik-baik (tentang wanita bertudung), dalam masa sama secara tak langsung sempat dia meminta agar turut mendoakan dia sendiri dapat bina rumah tangga paling terbaik.

Yalah, bagi pengikutnya pasti ramai maklum bahawa isteri Cap, Farra Inalis Hussni juga masih belum berhijab. Melihat perkongsiannya, tak kurang yang tabik hormat pada Cap sebab tak jemu usaha menegur insan tersayangnya itu.

“Best vid ni, ulas banyak2 isu terus”, “Zaman sekarang, tak perlu ada course degree of marketing dkt uni dah, semua nya belajar percuma melalui “contoh” yang pelik2 ini..”, “Kita cakap slow2 bukan sebab takut bini, cuma hormat taknak ganggu dia tidur”,

“Suka cap x pilih kasih beri nasihat, bini sendri pon dia sound dlm media x pakai tudung dan mohon doa sama2 berubah, even bnda tu betol,dan dia akan dimarah isteri lepas upload video ni.. Still, respect”. Itu antara komen netizen.

Menariknya, tak kurang netizen yang sporting turut meng’amin’ dan mendoakan isteri Cap diberikan hidayah untuk berhijab. Bagus Cap, selain ajak doakan orang lain, dia juga rendah diri mohon doakan untuk dirinya dan keluarga juga.

Dalam isu dirangkum Cap termasuk tentang filem baharu, Tiga Janda Melawan Dunia itu, ramai juga netizen memuji ceritanya. Seperti Cap, kata mereka apa pun tak perlu marketing menunjukkan ‘b0di sado’ di situ.

Lazimnya Cap akan mengulas dan membuat satu-satu tentang sesuatu isu atau reviu. Nampaknya kali ini ramai yang suka, kerana banyak isu dirangkumkan menjadi satu. Lebih menarik, ‘isu dirinya’ juga masuk sekali…

Sumber : IG Caprice

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!