“Sudah siap Hajjah Wok Alam Semesta nak gi mengail udang” – Chef Zam

Dah lama juga kita tidak menyaksikan lakonan pelakon kacukan Melayu-Pakistan, Zahida Rafik ini di kaca televisyen. Mujurlah ada jua perkongsian beliau di media sosial untuk peminat dan pengikutnya melepaskan rindu. Yang pastinya tampaknya beliau masih ‘maintain’ seperti pada awal kemunculannya dulu. Sudah mencecah usia 46 tahun, namun tetap bergaya dengan bentuk tubuh modelnya itu.

Ramai juga yang kagum dengan Zahida yang sering berkongsi foto dan video workout di gim dan bersama keluarga serta cucu-cucunya bersetuju tentang perkara itu dan meminta tip diamalkannya.

Dalam pada itu posting terbaharu dikongsikan wanita yang popular melalui filem lakonannya antaranya Senario The Movie, Mami Jrum, Mami Jrum Junior, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta ini turut menarik komen rakan selebriti dan netizen.

Bergaya dengan busana gelap labuh dan berjalan turun tangga, aksi itu mengundang beberapa komen mencuit hati antaranya daripada rakan yang juga tukang masak selebriti, Chef Zam.

Membahasakan rakannya itu sebagai Hajjah Wok Alam Semesta, usiknya wanita itu dah bersiap nak mengail udang. Gamaknya sebagai chef, pakaian labuh Zahida itu dilihat boleh menangkap udang kot. Untuk info, Zahida telah menunaikan haji pada bulan Ogos 2018.

Jiran beliau turut mengusik tidak perlu lagi hendak menyapu tangga (dengan pakaian sedemikian). Dalam pada itu ramai juga netizen yang memberikan komen, dengan bentuk tubuhnya yang sebegitu, pakailah apa sahaja tetap elok.

Apa pun biarpun sebelum ini biasa berdepan gosip hangat, tampaknya Zahida sudah lali dan tetap positif dalam menjalani kehidupan hariannya yang penuh terisi dengan pelbagai aktiviti menarik di setiap posting dalam IG beliau.

Lebih tersentuh apabila Zahida banyak berkongsikan momen dengan keluarga dan ibu bapanya. Kelihatan akrab dan erat sungguh hubungan mereka. Padanlah beliau sentiasa positif dan tampak bahagia.

Tidak berapa lama dulu, tak kurang gosip panas melanda wanita ini seperti dikongsikan di media maya yang dikaitkan dengan k3s mahkamah dan skndal. Seakan tidak lut dengan cakap-cakap yang tak tahu benar salahnya itu, beliau menjalani kehidupan dengan seadanya.

Sangat optimis dan positif. Moga kehidupan Zahida lebih berbahagia dan dalam masa sama tak jemu memberikan inspirasi kepada pengikut dan lebih ramai wanita lain di luar sana.

Sumber : Ig Zahida Rafik

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!