“SubhanAllah wanita hebat”- Tokti

Setiap dari pasangan suami isteri sudah tentu mahu mempunyai anak-anak yang ramai bagi memeriahkan lagi seisi keluarga mereka. Tapi, ada juga yang sudah plan untuk mempunyai anak yang sekian dan sekian. Bukan apa, mereka sudah plan demi masa depan juga. Ada juga yang tidak kisah nak berapa orang anak pun.

Itu semua atas pilihan setiap pasangan tersebut. Kalau ada anak-anak ramai, seronok juga kan. Pasti meriah seisi rumah dan seisi keluarga. Ketika semuanya pulang ke kampung halaman time musim perayaan, mesti sangat meriah dengan pelbagai ragam.

Dr.Sheikh Muszaphar kini sudah pun mempunyai 6 orang cahaya mata. 6 orang itu boleh dikatakan ramai juga kan. Yang paling menarik, beliau mempunyai 4 orang kembar, sepasanga kembar lelaki, sepasang kembar lelaki perempuan.

Seronok sangat tengok gelagat mereka sekeluarga tu. Macam-macam ragam yang mereka semua lakukan. Nasib baiklah jenis parents yang penyabar, melayan saja karenah anak-anak kesayangan mereka tu. Betul tak ? Comel je semuanya tu.

Apa yang lebih menarik, kini keluarga itu bakal menerima ahli keluarga yang baru. Dr. Halina kini sedang hamilkan bakal baby baru yang baru saja 10 minggu di dalam kandungan nya itu. Wahh, tahniah kepada keluarga ini, kita yang dapat tahu pun turut happy.

Difahamkan bahawa Dr.Halina kini sudah pun berusia 42 tahun. Risiko nya mungkin agak tinggi, tapi tidak menjadi halangan pun kepada mana-mana pasangan yang bersedia untuk menimang cahaya mata di usia tersebut. Apa pendapat korang ?

Tapi, kalini ini hanya single baby lah. Bukannany twins lagi. Maka, akan menjadi 7 orang cahaya mata, bukannya 8. Tapi, setelah baca kembali caption Dr.Sheikh tersebut, katanya baby twin mungkin akan ada di next round. Doakan yang terbaik untuk mereka.

Terharu  baca caption yang ditulis oleh Dr.Sheikh tu. Keluarga ini selalu saja menjadi rujukan dan contoh kepada pasangan-pasangan lain di luar sana. Selalu saja Dr.Sheikh menjawab soalan yang ditanya oleh netizen di ruangan komen dia post beliau.

Justeru, semoga keluarga ini bertambah ceria dengan bakal baby yang akan lahir nanti. Tak sabar nak tengok telatah comel satu family ni tau. Comel sangat perangai anak-anak mereka semua. Terutamanya kembar mereka yang bernama Eusoff dan Emelia tu.

Sumber : Ig Drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!