“Suatu hari mama dan abah akan mngalkan dunia ni” – Datin Shahida

Hubungan kekeluargaan amat penting supaya kasih sayang antara satu sama lain sentiasa terjalin. Apabila bergelar ibu bapa, mereka antara orang penting yang memainkan peranan untuk pastikan hubungan anak-anak sentiasa rapat dan sehati sejiwa. Pesanan Datin Shahida buat anak-anak lelakinya untuk sentiasa merapatkan silaturahim antara adik beradik sekaligus mengingatkanĀ  juga kepada warga netizen akan hal yang sama.

Posting Datin Shahida ternyata menjadi perhatian pengikut-pengikutnya di Instagram.

“My boys… suatu hari mama dan abah akan mngalkan dunia ni…. Ammar kena jadi contoh yg terbaik mengemudi keluarga menjaga hubungan adik beradik.

“Moga ammarahyan_terlajaklaris yusoffalqardawi_terlajaklaris baemadham_terlajaklaris sentiasa sehati sejiwa sampai dewasa…jgn g4duh2 sampai putus silaturrahim.

“Apa juga yg terjadi berbalik la pada Allah SWT…… Insya Allah dia adalah sebaik2 penjaga,pelindung,” tulis Datin Shahida menerusi kapsyen Instagramnya.

Ibu kepada lima orang cahaya mata iniĀ  menasihati anak sulung lelakinya, Ammar supaya menjaga hubungan dan menjadi contoh yang baik buat adik-beradik.

Nasihat yang disampaikan Datin Shahida juga membuka mata orang ramai agar hubungan kekeluargaan sentiasa terjalin dengan baik dan elak daripada memutuskan silaturahim.

Salah seorang netizen akui, ramai individu yang mengalami masalah keluarga.

“Betul datin, sekarang ni hubungan keluarga banyak yang huru hara.. Bagus datin pesan pada anak-anak tentang hubungan keluarga,”- Netizen

“Kita geng datin, saya pun pesan yang sama pada anak-anak saya.”-Netizen

Bagus Datin Shahida. Nasihat yang berguna buat anak-anak dan insyaAllah semoga hubungan kekeluargaan terjalin dengan baik.

Sumber: Instagram shahidadherbs

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*