“Suara Talita macam suara ibu laa, pewaris ibu ni”- Netizen

Sejak dari kecil lagi, anak-anak sudah pun menunjukkan minat dan rasa kecenderungan mereka dalam bidang yang mereka inginkan. Ada budak suka akan sukan dan aktiviti lasak, ada pula yang sukakan bidang seni, ada yang lebih cenderung dalam bidang akademik. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita mestilah tahu akan kecenderunga anak kita.

Kalau anak suka menyanyi, apa salahnya kita hantar mereka ke kelas nyanyian, begitu juag jika mereka minat bidang tarian. Berikan mereka sokonga, contohnya boleh saja pada hujung minggu, hantar mereka ke kelas tersebut.

Ada pun, jika anak-anak diberi tugasan untuk membuat persembahan nyanyian atau bercerita peringakt sekolah. Apa salahnya kita luangkan masa setelah balik kerja, cuba dengar dan nilai cara persembahan mereka.

Sedikit sebanyak merekan dapat rasakan bahawa ibu bapa mereka ini sangat prihatin dan sentiasa menyokong minat mereka. Tak lama pun dengar mereka lakukan rehearsal, sekaligus dapat memberikan komen dan penambahbaikan.

Ada dimuat naik video puteri Shuib yang cantik, iaitu Talita. Comel sangat budaknya. Katanya Talita nak menyanyikan sebuah lagu, tapi dalam Bahasa Mandarin. Mak aih, bijak betul Talita pandai menyanyi lagu Mandarin.

Justeru, Shuib pun menyuruh si puterinya ibu menyanyikan lagu tersebut. Masalahnya, sepatah perkataan pun tak difahami oleh daddy nya tu. Bukan saja daddy dia, kita yang tak faham Bahasa tersebut pun tak faham.

Kalau ada di antara kalian yang belajar Bahasa tersebut, maka kalian akan faham. Tapi, seteah Talita menyanyi lagu tersebut. Rata-rata netizen sangat teruja dengan persembahan ringkas yang si cantik tu. Tak sabar nak tengok persembahannya nanti.

Bak kata netizen, suara Talita, seakan-akan suara Allahyarhamah ibunya. Terharu pula kita mendengarnya. Ibunya dulu merupakan seorang penyanyi terkenal, kini sudah diwarisi oleh anaknya bakat tersebut. Merdu sangat.

Kalau korang nak dengar Talita menyanyi, bolehlah singgah dan tonton di Instagram milik Shuib, lancar sangat Talita menyanyikan lagu mandarin tu. Dah fasih tau, kita ni duk ternganga jelah, semoga Talita boleh fasih berbahasa tersebut.

Sumber : Ig Shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!