“Suara macam Zul Ariffin la”- Linda Rafar

Pu Rizz atau nama sebenar beliau Muhammad Haris Mohd Ismail merupakan seorang pelakon dan pendakwah bebas. Beliau dikenali setelah menyertai satu rancangan realiti terbitan Astro iaitu Pencetus Umm4h musim ke empat pada tahun 2016. Beliau t3rjun ke bidang lakonan menerusi filem pertama beliau iaitu Ada Apa Dengan Dosa bergandingan bersama Ashraff Muuslim, Fasha Sandha dan juga Wanna Ali.

PU Riz mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2021 bersama bekas pelakon dan pengacara terkenal Neelofa. Perkahwinan mereka di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama Muhammad Bilal yang di lahirkan pada 29 Januari 2022.

Bukan mudah buat PU Riz memperisterikan seorang usahawan yang begitu popular kerana apa jua gerak geri beliau pasti akan mencuri perhatian ramai.

Tidak di nafikan bahawa momentum kisah pasangan romantis itu tidak pernah padam, malah terus hangat dengan pelbagai isu serta kisah sensasi sejak daripada awal perkahwinan, fasa berbulan madu dan sehinggalah setelah di kurniakan zuriat pertama.

Tindakan pasangan ini yang tegas dengan pendirian tidak mahu mendedahkan wajah anak sulung mereka Muhammad Bilal sehingga kini masih lagi menjadi pertikaian para netizen.

Malahan sebagai orang yang dikenali ramai, PU Riz mendedahkan, ada waktu susah dan senang ketika menjaga isterinya yang kini berniqab.

Meskipun sudah hampir empat bulan melahirkan Muhammad Bilal, namun masih belum ada tanda pasangan itu akan mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum.

Namun pasangan ini sudah mulai terbuka untuk berkongsi berkenaan perjalanan kehamilan dan aktiviti bayinya di media sosial.

Niat pasangan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melindungi putera sulung mereka itu memandangkan mereka berdua sangat dikenali orang ramai.

Buat para peminat yang menghorm4ti keputusan pasangan itu, mereka terus bersabar menantikan pasangan tersebut mendedahkan wajah anak sulung mereka itu.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram PU Riz, beliau mula berkongsi beberapa video berkonsepkan dakwah namun secara santai apabila mengajak orang ramai muhasabah diri sendiri dengan memberikan beberapa situasi untuk orang ramai berfikir. Menurut PU Riz lagi, perkongsian beliau itu juga adalah sebagai peringat buat diri beliau sendiri.

Niat PU RIz mengajak orang ramai muhasabah diri dan berkongsi nasihat seiring dengan tugas baru beliau sebagai seorang pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif.

Selain menjalankan tugas sebagai pensyarah kanan, PU Riz juga bertanggungjawab dari segi pemasaran untuk mempromosikan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ini di kolej berkenaan

Menurut PU Riz, dia berharap agar lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menawarkan kursus sama sekali gus melahirkan mutawif berkualiti.

Menjengah keruangan komen, para peminat berkata perkongsian PU Riz itu berjaya menarik perhatian mereka untuk merenung diri sendiri. Malahan nasihat yang di titipkan oleh PU Riz itu juga membuka mata netizen untuk cuba memperbaiki diri.

Sementara itu, komen yang di tinggalkan oleh penyanyi Linda Rafar pula mencuri perhatian apabila menyamakan suara PU Riz dan Zul Arifin. Menurut Linda, suara PU Riz di dalam video berkenaan mirip sekali dengan suara pelakon Zul Arifin. Berikut dikongsikan komen netizen.

Sementara itu, keterujaan dikurniakan zuriat pertama mendorong PU Riz atau nama sebenar beliau Muhammad Haris bin Mohd Ismail untuk merakamkan lagu buat anak sulungnya itu sebagai kenangan. Lagu pertama nyanyian PU Riz itu berkonsepkan dakwah dan menyelitkan selawat serta pesanan buat Muhammad Bilal.

Kongsi PU Riz lagi, lagu tersebut merupakan single pertama nyanyian beliau. Judul lagu berkenaan adalah Zikir Selawat dan pesanan untuk Bilal.

Sumber: ig pu riz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!