“Sorry dh mcm Ginger dlm Cicakman, tapi tetap comel” – Netizen

Siapa saja yang tak kenal Uyaina Arshad dan Bella Dally. Sudah pasti ramai yang kenal dua orang artis dan model jelita ni. Uyaina baru-baru mendapat pujian yang sangat memberangsangkan setelah memuat naik gambar mengenakan pakaian serba hitam serta sentuhan make up yang unik di malam pengacaraan ketika di Meletop.

Kini, lain pula jadinya ketika beliau memuat naik video tarian viral bersama Bella Dally. Sememangnya tarian “Jiggle Jiggle” kini merupakan tarian sangat viral, bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia. Tiap kali buka Tik Tok dan Instagram, pasti akan muncul video tarian tersebut. Ada yang sampai terhafal lirik nya tanpa sengaja.

Uyaina jugak tak tertinggal bas tau. Beliau dan Bella bersama-sama menari tarian tersebut. Comel je tengok diorang ni. Lebih menarik, mereka siap pakai baju serupa dan pakai sunglasses tau.

Rata-rata netizen terhibur dan memuji tarian mereka berdua. Tetapi, apa yang lebih mencuit hati, ada juga komen dari netizen yang berbunyi “macam Ginger dlm cite cicakman.. tp xpe, tetap comel”.

Setelah diteliti apa yang dimaksudkan oleh kata netizen tersebut, rupanya, disebabkan mereka memakai sunglasses membuatkan mereka kelihatan seperti Ginger.

Ish, mana ada sepeti Ginger, Uyaina dan Bella kan cantik, mana boleh samakan dengan Ginger. Itu hanya gurauan nakal netizen saja yang terhibur dengan aksi dua orang cantik ni.

Ginger yang merupakan watak kembar dalam Filem Cicak Man yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramlie dan AC Mizal sememangnya tidak serupa langsung dengan dua orang jelitawan ni. Jauh sangat bezanya.

Lebih menarik, Uyaina yang kini sedang hamil tidak pernah menjadikan alasan untuknya bermalas-malasan dan tidak bekerja keras. Malah, sentiasa aktif dan bertenaga dalam melengkapakan pekerjaan harian sebagai seorang artis.

Antara komen netizen iaitu “baby dalam perut ikut menari tak” seolah-olah mencuit hati netizen apabila baby bump nya agak kelihatan. Nanti mesti baby lahir-lahir terus pandai menari kan.

Apapun, mereka berdua tetap comel. Pakai fesyen apa pun auto cantik. Semoga persahabatan mereka berkekalan. Tak sabar nak tengok tarian apa pula mereka cuba lepasni.

Sumber : Ig Uyaina Arshad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!