“Sorry, aku takde daging atau ayam nak bagi kau” – Azhan Rani

Siapa tidak kenal lagi nama Azhan Rani selepas drama bersiri Nur dan Nur 2 berjaya menaikkan nama beliau di dalam industri hiburan ini dengan kejayaannya membawa watak paling dibenci warga Malaysia ‘Ustaz Hamadi’. Baru-baru ini beliau telah berkongsi pengalaman beliau berada di bumi Nepal. Beliau menyertai ekspedisi mengibar Jalur Gemilang Gergasi di Everest Base Camp.

Di dalam laman instagram beliau,dilihat beliau banyak berkongsi keadaan dan kehidupan disana. Pada hari kedua ekspedisi, dilihat beliau sedang bergurau dengan 2 orang lelaki yang sedang mengasah gunting menggunakan satu alat pengasah besar dimana seorang lelaki perlu menggerakkan alatan itu dan seorang lagi mengasah gunting.

Beliau juga berkongsi cerita perjalanannya ke Lukla sebelum memulakan pendakian ke Pakhding. Beliau berkata untuk ke Lukla, mereka perlu menaiki pesawat ‘twin otter’ dimana hanya memuatkan 20 orang sahaja sekali perjalanan. Beliau juga berkata cuaca di Lukla sejuk ala ala Cameron Highland dan berkongsi bahawa harga barangan di Lukla agak mahal. Beliau terpaksa juga membeli baju hujan kerana beliau terlupa untuk membawanya dan perlu beli juga disitu kerana jika beli di kawasan atas nanti berkemungkinan besar harga barangan menjadi semakin mahal. Walaubagaimanapun, beliau memuji permandangan disana sangat cantik sehingga melihat rumput sahaja sudah cantik, termasuklah sampah daun kering di tepi rumah orang juga cantik.

Azhan Rani juga ada berkongsi gambar 10 lembu yang membawa barang keperluan team ekspedisi sepanjang pendakian ke namchebazar. Beliau juga berkongsi sampai sahaja disana, barang-barang mereka akan dibawa oleh yak. Beliau juga berkongsi pengetahuan bahawa orang disana berkata yak hanya hidup di kawasan ketinggian 3000m dari aras laut.

Setelah sampai ke Namchebazar, beliau berkongsi pengetahuan bahawa Namchebazar adalah pekan tertinggi didunia yang mempunyai mesin atm,sekolah, salon, butik,cafe dan macam-macam lagi. Akan tetapi, untuk kesana hanyalah dengan menghadapi trek yang panjang dan pendakian yang tidak memanjakan kaki. Beliau berkata lagi pekan tersebut wujud di atas gunung ketinggian 3450m.

Menurut Azhan Rani, dari Namchebazar, team ekspedisi telah melalui perjalanan sejauh 12km selama 7 jam untuk sampai ke Deboche. Beliau berkongsi bahawa cuaca sejuk di sana mencecah 10 degree celcius. Beliau juga berkongsi cerita ada seekor anjing hitam yang mengekori ekspedisi dari Namchebazar hingga ke Deboche.

Azhan Rani mengatakan bahawa disana sangat sukar untuk mendapatkan daging kerana masyarakat disana kebanyakannya adalah pemakan sayur. Oleh kerana itu, beliau tidak dapat memberi secebis daging atau ayam kepada anjing tersebut. Akan tetapi, beliau tetap menghulurkan 6 keping roti kepada anjing tersebut dan beliau terkejut anjing tersebut makan kesemua roti yang diberi.

Makanya moral disini adalah, ilmu dan pengalaman akan datang pada kita tanpa diduga dimana-manapun dan kita haruslah berlapang dada menerimanya.

Dalam pada itu, perkembangan beliau adalah, beliau dalam perjalanan dari Perishe ke Labuche iaitu di ketinggian 4940m.

Sumber : Ig azhan_rani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*