“Skrg dh xrisau dh nk like gmbr sbb dh tutup aurat”- Netizen

Baru- baru ini nama Izara Aishah hangat di perkatakan ekoran perubahan drastik terhadap penampilan terkini pelakon jelita tersebut yang sudahpun berhijrah dengan mengenakan tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna di perkongsian beliau di instagram. Perkongsian gambar terbaru beliau itu ternyata amat mengejutkan para peminat apatah lagi beliau juga turut memadamkan kesemua foto- foto lama beliau sebelum ini yang tidak berhijab.

Walaupun beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah namun beliau masih tetap mahu kelihatan bergaya dengan mengenakan baju- baju mslimah yang cantik serta tetap menjaga penampilan dirinya dengan mengenakan solekan. Di sebabkan itu, isteri kepada usahawan Adib Khalid ini masih menerima beberapa kritikan segelintir pihak yang kurang senang dengan keputusan beliau untuk berhijrah namun masih tetap mahu melawa.

Tidak cepat melatah dengan kritikan yang diterima, Izara bagaimanapun menjelaskan bahawa menjaga penampilan diri merupakan antara perkara Sunnah yang dituntut dalam ajaran islam malahan ianya juga sebahagian daripada dakwah. Islam tidak pernah melarang penganutnya untuk menjaga penampilan.

Kongsi pelakon Pilot Café itu lagi menerusi ciapan di twitter, memakai wangi wangian juga adalah Sunnah asalkan tidak berlebihan. Sekiranya kita menjaga penampilan itu juga tanda kita bersyukur kepada Allah.

Ada juga segelintir netizen yang menjangkakan bahawa Izara bakal tampil dengan produk terbaru iaitu jenama tudung sendiri setelah mengambil keputusan berhijab sepenuhnya. Namun dakwaan berkenaan di tepis oleh Izara yang berkata beliau lebih gemar membeli tudung yang ingin digayakan berbanding mengeluarkan jenama tudung beliau sendiri.

Namun begitu Izara Aishah atau nama sebenar beliau Nik Izara Aishah Nik Izazurin berkata beliau sebaliknya lebih teringin untuk melancarkan jenama baju sendiri namun mempunyai kekangan masa kerana sibuk dengan anak dan beberapa perniagaan lain.

Terkini menerusi Instagram peribadinya, Izara telah memuatnaik gambar terbaru dirinya bersama anaknya Irisa Alaia. Perkongsian gambar berkenaan antara lain adalah untuk mempromosikan baju yang dipakai oleh anaknya itu. Mengenali pelakon jelita itu, beliau amat jarang sekali membuka ruangan komen di Instagram.

Selama penglibatan beliau dalam bidang seni, Izara Aishah mempunyai imej yang bersih dan bebas daripada sebarang isu kontr0versi. Izara juga tegas dengan pendirian beliau yang kurang gemar berkongsi hal peribadi kepada umum.

Disebabkan itulah beliau selesa menutup ruangan komen di media sosial beliau demi mengelak sebarang salah faham antara peminat berlaku di ruangan komen berkenaan.

https://www.instagram.com/p/CTBsC8DprE7/?utm_medium=share_sheet

Bagaimanapun untuk perkongsian gambar tersebut beliau membenarkan netizen untuk mngalkan komen di entri berkenaan. Mengambil kesempatan yang ada, rata- rata netizen memuji penampilan terkini pelakon jelita tersebut.

Rata- rata peminat setia beliau mempertahankan tindakan pelakon kegemaran mereka dan menasihati pelakon tersebut supaya tidak menghiraukan komen- komen negatif netizen dan sentiasa kekal istiqamah dengan penampilan terkini yang menutup aurat.

Ada juga peminat yang memberitahu mereka gembira apabila tidak lagi rasa bersalah kerana menekan tanda suka mahupun membuat perkongsian semula terhadap gambar- gambar yang dikongsikan oleh Izara kerana selebriti pujaan mereka itu sudahpun menurut aurat dengan sempurna. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap gambar berkenaan.

“the best part of it all, if she could really talk she will say “ Mama I am so proud of ur hijrah mama”  Masya Allah Sayang im so happy for you” – Netizen

“Alhamdulillah. Pertamanya, saya tumpang gembira melihat penampilan baharu Kak Izara. Saya yakin penampilan baharunya Kak Izara dapat membawa sinar harapan baharu di samping keluarga dan suami serta anak tersayang.

Anggaplah Kak Izara seperti kakak saya. Saya menzahirkan doa dan harapan semoga Kak Izara terus istiqomah serta teruskan aktif dalam kerjaya seni hiburan pada kesesuaian yang akan datang.” – Netizen

Terdahulu pada 14 Ogos yang lalu Izara telah berkongsi foto – foto beliau dengan mengenakan tudung labuh. Menguatkan lagi bahawa berhijab bakal menjadi penampilan terbaru dirinya adalah apabila Izara juga telah memadam kebanyakkan gambar dirinya tanpa memakai tudung sebelum ini dan hanya mngalkan gambar anak dan suaminya.

Berkemungkinan besar Izara juga menyusuli jejak langkah sahabat beliau iaitu KilaFairy yang telahpun tampil berhijab dan mengumumkan mengenai penghijrahan beliau tahun lalu. Siapa sangka, kedua – dua artis yang cukup jelita ini mudah terbuka hati untuk mengubah penampilan mereka dalam sekelip mata sahaja.

Izara mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib Khalid, 33, yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017. Menerusi hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Semoga Izara kekal istiqamah dengan penampilan terbaru beliau itu.

Sumber : ig izaraaishahofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!