“Sk1ncare set kita pun dia bedal” – Datin Shahida

Bergelar ibu bapa sememangnya cukup mencabar. Namun cabaran itu akan mula berkurangan apabila anak-anak sudah mula membesar dan mudah mendengar kata. Tatkala anak-anak masih kecil lagi, memang cabaran yang besar buat ibu bapa untuk mendidik mereka yang masih cilik lagi. Siapa lagi yang masih punya anak kecil? Kena lebih banyak bersabar ye…

Di kala sibuk menguruskan perniagaan, usahawan popular Datin Shahida tetap menumpukan perhatian kepada anak-anaknya. Jika lihat pada Instagram beliau, ada sahaja videonya bersama anak-anak.

Lebih-lebih lagi apabila Shahida bersama anak perempuannya iaitu Qadejah yang sentiasa berganding bersama dalam video mereka menerusi Instagram. Melihat pda instagram Qadejah, banyak posting videonya bersama ibu tercinta.

Terbaru, video Shahida dengan Qadejah telah mencuuri perhatian ramai netizen selepas dikongsi olehnya di Instagram.

Video mereka telah menjadi tumpuan apabila Shahida berkongsi pengalaman yang dialaminya tatkala anak perempuannya kini sudah meningkat menjadi remaja.

Apa sahaja barang milik seorang ibu pasti akan ‘diambil’ oleh anak perempuan untuk mereka melaram seperti beg tangan, baju dan alat solek. Golongan ibu pasti lalui pengalaman macam ni kan?

Namun bila menjadi seorang ibu ni, mengalah sahaja lah dengan anak-anak hehe.. Yang penting, anak-anak menghormaati ibu bapa.

Sementara itu, video gelagat Shahida bersamanya anaknya Qadejah menerusi Instagram telah ditonton sehingga hampir 300,000 tontonan.

Ramai netizen memuji wajah cantik Qadejah yang kian meningkat remaja dan memiliki wajah yang sama iras dengan ibunya. 

Alahai sporting betul Datin Shahida melayan anak perempuan sulung kesayangan dia. Qadejah pun dah nak sama tinggi dengan ibu dia..

Sumber: Instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!