“Sis tengah pangku Talita ke ayah dia, cute” – Netizen

Seronok dan geram saja dibuatnya jika tengok gambar dan video anak para artis yang dimuatnaik dalam laman sosial mereka. Pasti ada je kerenah dan telatah lucu yang ditampilkan oleh anak-anak kecil ini. Kata orang, lain budak lain pula ragamnya. Sudahlah memang comel-comel kesemuanya. Sekarang ramai diantara mereka yang lebih terkenal daripada ibu dan ayah mereka sendiri.

Pasti ramai yang sudah mengenali pelakon cantik berd4rah kacukan Melayu, Arab dan India ini. Raja Ramilah atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya kini sudah tidak meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan dan lebih fokus kepada kehidupannya bersama keluarga sahaja.

Berkahwin pada 2018 dengan seorang jejaka mat salleh yang berasal dari negara Australia, kini Raja Ilya sudahpun berpindah dan menetap disana demi bersama suami tercinta. Walaupun hanya fasih berbahasa inggeris, namun Garett Trent kini sudah mula belajar untuk bercakap bahasa Melayu sedikit demi sedikit.

Bukan sahaja terkenal dengan kecantikannya yang unik sehingga pernah ditawarkan berlakon dalam filem Hollywood Marvel, Raja Ilya juga terkenal dengan kebijaksanannya dan kejayaan bisnes cafenya yang bernama Richiamo.

Memilih jejaka asal Australia sebagai pendamping hidup, maka tak salah lagi lagilah jika anak pun comel. Pasangan ini telah dikurniakan seorang puteri pada bukan Julai lalu dengan nama istimewa Talita Love Garrett.

Tak keruan dibuatnya para peminat Talita bila melihat video terbaru yang dikongsikan oleh Raja Ilya itu. Kata netizen memang gebu habis anak perempuan kepada Raja Ilya ini. Sehingga Raja Ilya sebagai ibu pun tidak sanggup menahan geram ketika mendukung Talita.

Punyalah sayang peminat Malaysia ni pada Talita sehingga ada yang minta untuk buat sesi meet and greet sesudah kembalinya Raja Ilya kesini. Ramai juga yang menegur bahawa wajah Talita memang persis seperti wajah ayahnya itu tetapi dengan versi comel.

Siapa je yang tak geram tengok Talita tu ya. Kecil-kecil lagi sudah murah senyum. Seronok tengok Raja Ilya dukung anaknya itu. Walaupun hanya berumur beberapa bulan tapi semangat betul badannya.

Sumber: Instagram Raja Ilya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!