Siapa kata Pali dengan Baby Iqy tak ngam? Penyayang sangat Pali ni

Pali juga antara watak yang menaikkan drama pujaan hati kanda slot akasia, menyifatkan seorang yang panas baran, malas kerja, lelaki yang suka berkasar dengan perempuan ibu bapa. Pali meminati Tiara watak yang di bintangi mira filzah dan cuba ingin mengahwinan Tiara tetapi gagal. Syazwan sangat mendalami watak pali ini, dan admin rasa dia berjaya membuat netizen rasa geram dengan wataknya.

Pali tak ngam dengan baby iqy? Dia merasakan baby iqy sebagai penghalang cinta dia kepada tiara. Tapi itu dalam drama saja. Di luar Syazwan juga antara yang rapat dan suka melayan Iqy. Iqy atau nama sebenar Ayden sangat manja dengan syazwan di luar.

penyayangnya syazwan.

Rata rata netizen bagi komen yang positif, dan menyatakan yang syazwan layak dapat award untuk watak antagonis, sebab lakonannya sangat menjadi power. Admin pun setuju, syazwan memang power berlakon.

Fakta Menarik tentang syazwan

1. Nama panggilannya ‘Kepeng’.

2. Dikenali ramai menerusi watak antagonis, walaupun realitinya telah melakonkan pelbagai jenis watak.

3. Mengakui tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

4. Kehadirannya mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen, Juvana di TV3, membawakan watak sebagai Apek.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

6. Penglibatannya dalam filem menerusi Juvana, Laga, Suamiku, Encik Perfect 10, Gamatisme dan Sunti @ Facebook.

7. Menerusi drama, antaranya Juvana, Soffiya, Jangan Ambil Padang Kami, Gemilang, Istikharah Cinta, Padamu Aku Bersujud, Lelaki Macam Dia, 7 Hari Mencintaiku, Cinta Roller Coaster, Nahu Rindu, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Pujaan Hati Kanda.

8. Tidak ketinggalan, telefilem Di Bawah Satu Langit, Karlos Bolos, Den dam Rindu, Kalung Kak Dara , Bila Tiba Saatnya, Simpang Sejenak, Kebaya Mek Hwa dan Akil & Juan.

9. Menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi Juvana di Festival Filem Malaysia ke-26 pada tahun 2014 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Laga) di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

Kami doakan agar Syazwan terus maju jaya dalam bidang lakonan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*