“Siapa ckp tersingkir dari GV xblh menyinar, skrg tgk hasilnya” – Netizen

Pelakon penyanyi dan pengacara Elly Mazlein atau nama sebenar beliau Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi kini mengharungi ledakan populariti setelah sekian lama bertapak dalam dunia hiburan tanah air. Terlebih dahulu Elly Mazlein memulakan kerjaya sebagai penyanyi sekitar tahun 1997, beliau ketika itu amat popular dengan lagu Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan.

Elly kemudiannya melebarkan sayap ke dunia lakonan namun nama beliau sedikit tenggelam kerana kemunculan pelapis baru dalam industri seni.

Elly Mazlien membuat kemunculan semula menerusi program nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga namun kerana kontr0versi yang melanda membuatkan beliau akhirnya menarik diri dari program tersebut pada minggu ke lima.

Secara kebetulan beliau meraih markah terendah dalam minggu itu dan membuatkan beliau sekaligus tersingkir.

Ternyata tuah menyebelahi Kak Lina apabila penjenamaan semula dirinya sebagai Kak Lina Pom Pom di program itu telah berjaya mengangkat kembali nama beliau dengan penampilan baru dirinya yang lebih kelakar dan menghiburkan.

Rezeki Kak Lina juga mencurah-curah apabila watak Minah Selamat yang dijayakan menerusi drama Kampung People menyerlahkan lagi sisi kelakar dirinya.

Jika sebelum ini beliau lebih dikenali sebagai penyanyi dan pelakon namun kini bidang pengacaraan semakin sinonim dengan dirinya.

Sepanjang tahun ini nama beliau semakin mengharum dan semakin laris ekoran kerap kali wajahnya muncul sebagai pengacara di mana-mana sahaja program di kaca televisyen.

Celoteh dan gurau senda sebagai pengacara membuatkan para peminat menyambut baik “kerjaya” terbaru Kak lina itu.

Peminat setia yang mengikuti perjalanan seni beliau dan jatuh bangun dirinya dalam kerjaya dan kehidupan peribadi pastinya bersyukur dan gembira dengan pencapaian yang dikecapi oleh Kak Lina pada hari ini.

Terbukti bahawa rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun tersingkir minggu kelima Gegar Vaganza namun beliau tetap menyinar.

Rasanya tahun 2020 ni banyak kenangan manis berlaku dalam hidup individu yang bernama Kak Lina ni kan.

Beliau juga semakin bahagia setelah menamatkan status ibu tunggal pada awal tahun ini bersama dengan seorang pendidik yang mesra di sapa Cikgu Azlan.

Mudah-mudahan Kak Lina terus maju jaya dalam kerjaya dan kehidupan peribadi beliau. Peminat sentiasa doakan yang terbaik buat artis kesayangan mereka ini.

Sumber: Instagram iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*