“Siannya, sabor bos pg gym dulu” – Salina Saibi

Korang pernah tak melalui ‘b4d day’ dalam hidup korang? Semestinya pernah, kan? Sama juga seperti artis, kadangkala berlaku juga perkara buruk dalam kehidupan mereka. Sudah menjadi lumrah manusia untuk ditimpa dengan perkara yang di luar jangkaan dan kawalan. Seperti pelakon kacak dan sado Aaron Aziz, beliau juga turut tidak ketinggalan untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka ini.

Apabila kita melihat profil Aaron, terdetik di hati kita bahawa mustahil sesuatu perkara diluar jangkaan berlaku buat beliau kerana dia sering dikelilingi dengan individu-individu yang boleh diharap dan dipercayai.

Tapi apakan daya, Aaron juga manusia biasa seperti kebanyakan orang yang mana kadangkala juga akan melalui detik-detik buruk tetapi cukup ber’sejarah’ ini.

Menerusi akaun Instagram Aaron, min agak terkejut dengan foto perkongsian yang dimuatnaiknya semenjak 12 jam yang lepas lagi. Apa tidaknya, Aaron yang duduk menyandar pada dinding hotel sedikit sebanyak mulai menimbulkan segala persoalan mengenai fotonya ini.

Tetapi apabila min sudah membaca caption yang ditulis Aaron ini barulah min faham dengan situasi yang dihadapi oleh Aaron.

Rupa-rupanya, Aaron tidak dapat masuk ke dalam bilik hotelnya kerana kunci bilik hotelnya itu tidak berfungsi dengan baik.

Maka, dengan kelelahan yang masih berbaki setelah seharian suntuk berada dalam sesi ‘sh0oting’,Aaron terpaksa duduk menyandar pada dinding hotel biliknya. Mesti penat kan Aaron. Dahlah seharian ‘shooting’, bila nak masuk bilik untuk berehat, kunci pula rosak. Alahai…

Ramai rakan artis yang merasa simpati dengan ‘b4d day’ yang dilalui oleh Aaron ini. Namun, sempat juga Salina bergurau dengan Aaron dengan menyuruhnya pergi ke gym dahulu sementara menunggu bilik hotelnya ini dapat dibuka.

Kuat menyakat rupanya Salina ni, hehehe.. Lisa Surihani pula bersimpati dengan Aaron. “Aduih Just when you thought you could unwind. May Allah ease utk Abang,” ujar Lisa.

Aaron yang kini sedang giat ‘shooting’ untuk drama baru ‘Lelaki Pendosa’ mengatakan bahawa drama yang dibintangi olehnya kali ini sangat lain dari yang lain.

Drama ‘Lelaki Pend0sa’ secara ringkasnya mengisahkan mengenai Dean Ilyas yang ketagih untuk berhubungan dengan sesama jantina walaupun dia mahu berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya, Cahaya Malaika. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel Imanku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah.

Tak sabar rasanya mahu menonton drama terbaru lakonan Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah ini. Jika sebelum ini penonton sering dihidangkan dengan genre percintaan normal, drama kali ini dapat membantu para penonton untuk membuka minda untuk melihat perhubungan cinta sesama jantina.

Yang pastinya, drama ini pastikan akan menjadi viral kerana barisan pelakon yang membintangi drama ini semuanya hebat-hebat belaka.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!