“Sian Nadia nyahh, kena hadap giila ko” – Nad Zainal

Setiap manusia ada perangai mereka yang tersendiri. Perangai ini setiap orang ada baik dan buroknya. Ada orang perangainya sangat disenangi orang keliling, ada juga yang perangainya tidak disukai dan orang ingin mengelak untuk bertemu dengannya. Namun sebagai seorang individu, kita akan melalui proses pengenalan antara satu sama lain dahulu untuk mengenali sifat dan perangai seseorang itu.

Kita bukan tidak kenal lagi artis wanita tempatan kita iaitu Nabila Huda yang sangat berkaliber dalam industri seni. Menerusi ig beliau, beliau sentiasa dilihat sentiasa membuat lawak dan sangat bersahaja bersama keluarga dan ketika penggambaran lakonan. Terserlah personaliti ceria dan bersahaja beliau hanya dari laman ig beliau sahaja.

Nabila Huda bukan sahaja cantik tetapi sangat berbakat dalam melaksanakan lakonan yang beliau bintangi. Tak kira watak yang dibawa antagonis atau protagonis, beliau pasti akan bawa watak itu bersungguh-sungguh dengan jayanya.

Termasuklah watak-watak dalam drama atau filem komedi. Baru-baru ini beliau berkongsi sebuah video potongan lakonan beliau dalam drama bersiri Diva Popular 2.

Dilihat di dalam video tersebut,  Nabila Huda bersungguh menjayakan watak sebagai Erma Erika dimana wataknya adalah seorang ‘instafamous’ yang cuba untuk menjadi pelakon.

Di dalam video tersebut, terdapat satu babak dalam drama tersebut dimana Nabila Huda berlakon bersama Nadia Brian dan yang kelakarnya adalah, Nabila Huda menyanyikan salah satu lagu Beyonce iaitu Listen kepada Nadia Brian dengan mimik muka yang kelakar.

Rakan artis ramai yang terhibur di dalam ruangan komen termasuklah Nad Zainal. Nad adalah antara rakan artis yang rapat dengan Nabila Huda dan sudah kenal sangat dengan perangai Nabila Huda yang ‘giila-giila’ itu.

Sementara itu, Nadia Brian turut mngalkan komen yang dia begitu terhibur dgn aksi Nabila Huda sehingga terpaksa menahan kenciing.

Nabila Huda sememangnya pandai mencuit hati rakan dan peminatnya. Drama yang terbaru beliau sedang jayakan buat masa sekarang adalah drama Diva Popular 2 di siaran tv Awesome dimana ia memaparkan kisah dan ragam di sebalik tabir penggambaran lakonan. Drama itu juga turut dibintangi oleh Tiz Zakyah dan ramai lagi.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!