Shuk nk kmbali kpd keluarga, netizen doakan isteri Shuk buat keputusan yg terbaik demi anak2

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Shuk telahpun memuatnaik sebuah video di Instagram beliau menunjukkan dirinya pergi berjumpa anak-anak untuk melepaskan rindu. Kelihatan di dalam video kedua-dua anak perempuannya amat merindui Shuk dan memeluk erat bapa mereka. Menerusi ruangan caption di Instagram beliau, Shuk telah tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan yang beliau lakukan.

Sebagai seorang manusia, Shuk berkata dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Shuk menyedari kesilapan yang beliau lakukan amat besar dan bukan senang untuk menjernihkan kembali keadaan namun dan beliau meluahkan berhasrat untuk kembali kepada keluarga dan anak-anaknya.

Sebagai rekod, sejak beberapa hari lalu telah tular kisah kontroversi isu peribadi dan rumahtangga Shuk kerana di dakwa berlaku cuurang oleh isterinya. Isteri Shuk mendedahkan perkara berkenaan kerana kecewa dengan sikap Shuk yang masih tidak berubah walaupun beliau telah memberikan peluang buat kali kedua sebelum ini.

Luahan hati oleh isteri penyampai radio itu telah mendapat perhatian para netizen dan sejak beberapa hari lalu Shuk turut menerima kecaman hebat oleh para netizen.

Shuk yang mengendalikan slot pagi di stesen radio Hotfm telah disrang oleh warga maya dan Instagram beliau juga sehingga kini dipenuhi komen mengenai perilakunya itu.

Netizen juga telah meminta stesen radio Hotfm turut mengambil tindakan tegas terhadap penyampai radio mereka kerana kisah peribadi beliau telah turut mencemarkan nama baik stesen radio tersebut.

Rata-rata netizen juga berkata mereka tidak mahu lagi mendengar lagu di stesen radio tersebut sekiranya Shuk masih lagi menjadi penyampai radio kerana tidak mahu mendengar suara Shuk.

Perkara berkenaan telah di ambil maklum oleh pihak Hotfm sehingga menyebabkan Shuk telah di kenakan tindakan oleh majikannya. Shuk telahpun di gantung tugas sebagai penyampai radio di Hotfm berkuatkuasa sejak Isnin lalu.

Ekoran luahan dan kenyataan yang telah di buat oleh Shuk di Instagram beliau yang menegaskan mahu kembali kepada keluarga, warga maya mula memberikan pelbagai nasihat kepada isteri Shuk.

Berkongsi sebuah lagu yang menerangkan perasaan beliau ketika ini, isteri Shuk berkata dirinya masih lagi bersedih dengan apa yang telah berlaku.

Menurut isteri Shuk yang menggunakan nama instagram Rossa Sera, bait lirik lagu tersebut benar-benar menjelaskan situasi yang sedang dilalui oleh beliau. Cuma yang menjadi perbezaan adalah lagu tersebut dinyanyikan oleh seorang penyanyi lelaki.

Sesiapa yang tidak berada di tempat Rossa pasti tidak memahami apa yang sedang di rasai oleh beliau. Bukan mudah untuk menerima kembali seseorang yang telah menghncurkan kepercayaan seorang isteri.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan sokongan moral dan nasihat kepada Rossa supaya kuatkan semangat dan tabah demi anak-anak yang sedang membesar.

Netizen meluahkan rasa kesal mereka kerana kecuurangan tersebut bukanlah kali pertama buat Rossa. Kejadian cuurang tersebut berlaku kali untuk kedua dan netizen merasakan tindakan tersebut adalah kekhilafan daripada pihak Shuk sendiri.

Bagaimanapun netizen mendoakan agar Rossa berfikir secara matang demi kebaikan anak-anak. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Silap besar kalau dia tinggalkn kak sera. Dia xkkan jumpa perempuan yg sama mcm kak sera yang dh lahirkan dan besar kan zuriat diaa. Yang dh berkorban evrything untuk diaa jatuh bgun diaa.

Orng laen hanya akan ada time dia snng jea percaya lahh. Pergilah cari 1000 permpuan pon kt luar sana xkkan sama dgn yang satu. I hope you will be strong kak seraa. Kuat untuk anak anak okey” – Netizen

“Assalamualaikum sera. Ujian adalah asam garam hidup bg yg bergelar manusia. Allah dtgkan ujian pd seseorang sbb Dia sayang. Mungkin tanpa ujian kita alpa, lupa Dia yg memberi terlalu banyak nikmat n rahmat n mungkin juga kita bongkak.

Ujian menjadikan kita seorang yg lebih berhati-hati dimasa akan dtg, lebih ambil berat terhadap orang susah n bermasalah. Paling win ujian jadikan kita matang n merendah diri. Sera sgt² beruntung krn ramai yg support time² macam ni” – Netizen

“Rossa.sera kuatkan semangat utk menempuhi dugaan ini… insyaallah…moga dipermudahkan segala urusan awak.” – Netizen

“Saya geram dgr kisah sis..hrp tak sama macam bella tu. moga sis jumpa jodoh yg lebih sepadan dan baik lg dr ni.” – Netizen

“Doa bnyk² ye…Saya doakan semoga Allah bagi sis kekuatan..Saya jugak melalui menda yg sama..malah lagi teruk dari tu…xpi Allah maha mendengar lagi maha menyanyangi…buat lah solat isthikarah.

Saat mcm ni Allah je bole bantu kite..xperlu dengar cakap mana² pihak..berbincang lah elok²…JIKA apa yang Allah tunjuk itu berbaik maka berbaikk lah xpi JIKA sebaliknye maka teruskan hidup dengan anak² dan semoga terus diberi kekuatan untuk mase akan datang..nilaikan hidup baru…in Shaa Allah…Saya sentiasa mendoakan yg terbaik…amin” – Netizen

Semoga Shuk dan keluarganya dapat menyelesaikan masalah rumahtangga mereka dengan baik. Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan mendoakan sahaja agar mereka dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk keluarga mereka.

Sumber:  ig rossa.sera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*