Shima tengah s4kit tapi ntizen mula tanya mana suami, Ini jawapan tegas shima

“Tak baik buat anggapan sebegitu rupa. Memang suami s4kit dan kalau masih tak puas hati boleh tanyakan dia sendiri,” kata penyanyi Shima mengulas dakwaan mengatakan suaminya enggan bekerja dan bergantung hidup kepadanya semata-mata. Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50, yang berkahwin buat kali kelima dengan Abdullah Rosli, 42, tiga tahun lalu meminta masyarakat tidak mengecam suaminya tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Tak payahlah nak pertikai sangat. Saya tahu suami bagaimana. Takkanlah nak kena beritahu semua perkara kepada orang sedangkan ini hal rumah tangga kami.

“Sebenarnya kami berdua ada s4kit sendiri dan orang tak tahu hal ini. Suami pernah terbabit dalam kemaalangan yang agak serius, manakala saya mengalami masalah s4kit cakera tulang belakang tergeelincir (slipped disc) sejak 2013.

“Dulu dia buat kerja kontrak, bancuh serta angkat simen dan akhirnya mengalami s4kit pinggang yang kr0nik. Itulah punca dia tak dapat bekerja berat,” katanya kepada Harian Metro.

Shima mengakui sayangkan suaminya tetapi menafikan memberi muka sehingga tidak melakukan sebarang kerja.

“Dia sentiasa ada bersama tapi tak suka ke depan dan akan serahkan kepada saya bulat-bulat berkenaan sesuatu perkara.

“Dia bukan ambil kesempatan kerana waktu saya berniaga Warung Teringin, suami ringan tangan bantu tolong bungkus nasi, buat air, angkat lauk dan tolak troli dari rumah kami ke gerai.

“Kami berniaga bersama-sama. Awal pagi kami naik motosikal pergi pasar basah untuk cari bahan masak. Tak mengapalah, saya faham. Biasalah warganet ada pelbagai kerenah dan tak ambil kisah sangat,” katanya.

Menurutnya, dia memerluukan suaminya berada di sisi kerana perlu bantuan untuk memudahkan bergerak ke sana sini.

“Oktober nanti, saya kena jumpa pakar tulang belakang dari Jepun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Sudah pasti dia akan minta saya buat ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) di tingkat bawah. Siapa lagi yang boleh saya harapkan selain suami?

“Di rumah pula, saya susah untuk bangun dan sangat s4kit. Suami kena bantu angkat saya secara perlahan-lahan. Memang saya tak boleh tinggal seorang diri di rumah. Orang tak tahu semua ini kerana kami tak pernah cerita,” katanya.

Kehidupan Shima semakin perit apabila mengalami penyaakit misteri selain masalah s4kit saraf dan tulang belakang yang ditanggung menyebabkannya terpaksa menutup Warung Teringin pada Mac lalu.

“GUGUR jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf,” luah penyanyi Shima berkenaan status kehidupannya sekarang.

Dia terpaksa menerima hakikat dikategorikan sebagai golongan asnaf oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Julai lalu.

Shima seterusnya melahirkan hasrat untuk tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi mengurangkan beban sewa RM600 sebulan yang ditanggungnya apabila menyewa pangsapuri di Damansara Damai sejak enam tahun lalu.

Menerusi bantuan Yayasan Kebajikan Artis Tanah air (YKAT) yang diterajui oleh Datuk DJ Dave, impian Shima akhirnya tercapai apabila bakal menerima kunci untuk menduduki rumah PPR Lembah Subang yang dijadualkan Jumaat ini.

Sumber : hmetro via asiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*