“Sh4me on you girl”, Sharnaaz Ahmad marah pelajar gelar guru p0ndan

Insiden seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah berbirat akibat dir0tan selepas dikatakan memanggil seorang guru lelaki sebagai “p0ndan” mengundang pelbagai reaksi masyarakat.Tidak ketinggalan berkongsi pandangan berhubung isu berkenaan ialah pelakon Sharnaaz Ahmad yang mempertahankan tindakan guru terbabit. Menurut Sharnaaz, setiap pelajar yang melakukan kesalahan wajar dihukum kerana ia merupakan salah satu proses untuk mendidik setiap pelajar menjadi lebih baik.

“Aku manusia hari ini kerana didikan klasik guruku. Sh4me on you girl.” Menghormti guru adalah wajib dan kelakuan menghina guru secara terang-terangan adalah satu perbuatan yang keji.

“Hukuman banyak caranya tetapi zaman sekarang susah sebab mak ayah zaman ini bukan seperti dahulu,” katanya.

Antara kenyataan yang dimuat naik Sharnaaz di Instastory.Sharnaaz membuat perkongsian itu melalui Instastory.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberi cadangan bagi menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar mengikut perkembangan semasa tanpa membabitkan hukuman secara fizikal.

“Cara paling senang adalah buang sekolah dan terus beri penilaian kepada sekolah baharu mereka.

“Masuk sekolah budak nakal, jangan tanya kenapa kena layan serupa askar.

“Masa itu tengoklah anda nak mengadu pada mak atau nak menangis dalam jamban,” ujarnya.

Sharnaaz menempelak tindakan ibu bapa yang mempertikai tindakan guru mer0tan anak.

Selain itu Sharnaaz turut meluahkan rasa terima kasih di atas jasa guru-gurunya dalam mendidik hingga dia menjadi manusia yang lebih berguna pada hari ini.

“Aku wakil pelajar selalu kena r0tan, selalu kena berdiri ketika perhimpunan.

“Terima kasih cikgu kerana telah mendidik aku dengan r0tan, pemadam papan hitam, tong sampah dan juga buku bahasa Malaysia yang melayang ke muka.

“Kerana anda cikgu, hari ini aku berjaya menjadi seorang pelakon yang fasih menggunakan bahasa sastera dalam lakonan.

Terdahulu, tular sebuah v1deo menunjukkan seorang wanita berang apabila anaknya didakwa dir0tan pada lengan dan paha gara-gara melabelkan guru lelakinya sebagai ‘ah kua’ (p0ndan).

Wanita itu turut mempertikaikan tindakan guru terbabit memukul anaknya sehingga menyebabkan paha dan lengan anaknya lebam.

Antara komen padu ntizen

Jamil Rahim, Murid2 zaman skg perlu diajar jgn kurang ajar jika tidak mereka naik tocang jika tidak dibendung akan terpalik budaya samseng, kita tak perlu bg muka sgt zaman saya tak komplain pun pd ibu bapa jgn bg manja sgt

Yan Fendi, Lagi teruk d lontar cikgu dgn Pemadam papan hitam ketika itu..80an benjol dahi..memang padan pun suka usik murid perempuan yg sedang kushuk belajar..tpaksa akur aje..nk bagi tahu kat ayah memang DAUBLE lagi kena lembang..

Yusof Yaacob, Saya pun pernah kena di hantuk kepala kepapan hitam kerana salah membuat metemtik…tapi saya tak
Ambil kesah..biasa shj..

Zulkifli Ahmad, Ah sembang lebih lah lu.lu nak sembang karat kat FB buat apa.lu berani lu pergi direct sound sama itu budak dengan dia punya mak baru orang respek bro.

Ab Sharul Nizam, Aku buku latihan Chegu campak dari Tkt 3 ke bawah. Chegu pompuan tu. Hehehe

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*