“Setiap kali masuk toilet dia sibuk mcm ni, knp ek” – Elizabeth Tan

Bagi sesiapa yang biasa memelihara meow pasti akan berjumpa dengan pelbagai tabiat haiwan kesayangan ramai ini. Kadangkala perangainya macam budak, kita yang melihat ini pun naik geram dibuatnya… dahlah comel. Lihat saj4lah perkongsian video selebriti, Elizabeth Tan atau mesra dipanggil Lizzy ini. Kucingnya mengekori dirinya sampai depan pintu bilik air. Dah macam risau tuannya itu takut lari pulak.

Yang bestnya tu kata Lizzy, setiap kali dia ke tandas itu, tiap masa itu jualah si bulus akan mengikut saja. Sampaikan sanggup tunggu depan bilik termenung itu. Adeh… macam-macam ya…

Gamaknya Lizzy pun naik hairan, sampaikan dia berkongsi keistimewaan kucingnya itu dan bertanyakan kepada netizen, kenapa bulusnya itu bersikap sedemikian. ‘Seram’ agaknya kucingnya sebegitu.

Kalau diikutkan lazimnya golongan anak-anak kecil saja akan bersikap sedemikian hinggakan para ibu terpaksa menyudahkan hajat atau membersihkan diri seadanya agar dapat cepat keluar dari bilik air.

Dalam k3s Lizzy ni, kucing pun sama ya… mujur tak dengar suara si bulus saja. Kalau boleh bercakap entah apa katanya. Takpun sama saja jadi seperti anak kecil yang menunggu di depan pintu tandas bila maknya nak qado hajat.

“Kucing ni klau dia dah selesa ngn kita memang semua benda yg kita buat dia ingin tahu”, “Ni jenis xbleh kalau xnmpk depan mata…rindu..”, “Nak mintak makan tu”, “Hahaha.. sme cat kt umah.. ”. Itu antara komen netizen.

Menariknya ramai pula yang menjawab pertanyaan Lizzy itu dan berkongsi perkara sama berlaku pada bulus kesayangan masing-masing. Takpela Lizzy, setidak-tidaknya kita tahu ada yang sayangkan kita kan…

Kira-kira empat tahun lalu, Lizzy sudah ‘memperkenalkan’ akan kucing gebunya itu yang diberi nama Mizan. Kongsinya pada media, nama itu diberi sempena mengenang bekas teman lelaki pertamanya.

Ketika berkongsikan mengenai nama Mizan, kata Lizzy iq sekadar tanda ingatan dan tiada niat lain. Terdahulu kucingnya itu jenis Parsi dibeli di sebuah laman jual beli online.

Kata Lizzy, dia mencari haiwan itu menerusi pembida dan tahu banyak perkara daripada mereka. Apa pun memang pandai Lizzy jaga Mizan bukan? Sampai tak boleh langsung berenggang tuuu…

Sumber : IG Elizabeth Tan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!