“Setakat ni xpernah lg org muntah selepas makan masakan saya” – Anzalna Nasir

Anzalna Nasir merupakan seorang pelakon jelita yang mula menceburkan diri dalam industri hiburan setelah menyertai pertandingan Dewi Remaja. Beliau ketika itu telah terpilih menjadi salah seorang finalis akhir namun rezeki tidak menyebelahinya apabila pertandingan itu dimenangi oleh usahawan dan pengacara terkenal Neelofa. Anzalna mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Tular sebelum ini Anzalna pernah berkongsi cerita bahawa beliau pernah menghidangkan nasi putih, telur goreng dan kicap ketika baru 3 bulan usia perkahwinannya dahulu. Anzalna merasa begitu bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang dan tidak cerewet dalam soal makanan.

Bagaimanapun kenyataan pelakon Memori Cinta Suraya itu telah pun disalah tafsirkan oleh netizen apabila menyangka pelakon jelita itu tidak pandai memasak.

Suaminya itu cukup mengenali diri Anzalna setelah 10 tahun berkenalan sebelum mereka berdua mendirikan rumahtangga dan menerima pelakon tersebut seadanya.

Menerusi perkongsian di instagram pelakon tersebut, Anzalna telah memuatnaik sebuah video masakan. Beliau menunjukkan kelainan apabila video masakan berkenaan di masukkan suara latar dirinya dengan dialog yang melucukan. Wah tak sangka selebriti jelita ini sangat pandai melawak dan menghiburkan para pengikut akaun Instagram beliau.

Meskipun ada yang mempertikaikan kemahiran masakan yang dimilikinya, Anzalna menerusi ruangan caption video berkenaan menjawab bahawa setakat ini masih belum ada yang pernah muntah setelah menjamah masakan hasil air tangan beliau.

Padu betul jawapan Anzalna. Di sebalik wajah jelita pelakon ini, beliau juga gemar ketawa sehingga para peminat sudah mengenali beliau sebagai pelakon yang cepat terhibur dan sering ketawa dengan kuat.

Menjengah keruangan komen pula, video masakan yang dimuatnaik oleh Anzalna berkenaan meraih perhatian netizen yang terhibur dengan gelagat dan dialog lucu beliau semasa merakamkan video masakan tersebut.

Tidak kurang juga yang memuji suara latar pelakon jelita itu yang sangat ceria membuatkan netizen merasa tertarik untuk mendengar coleteh masakan beliau. Turut dikongsikan dibawah ialah  tangkap layar dan juga beberapa komen daripada netizen.

“woww salute lah anna skarg dah pandai masak.. dulu mula2 kawin mcm2 org kcam kata tak reti masaklah..apa la.. skrg tgok dah terror” – Netizen

“sebenarnya dia dah reti masak. cuma org twist apa yg dia ckp.. dia ckp somi doa ok je kalau masak telur” – Netizen

Tahniah Anzalna kerana tidak putus asa dan semakin mempertingkatkan kemahiran memasak beliau. Sekarang bukan sahaja sudah pandai memasak malahan sudah pandai membuat lawak serta berinteraksi dengan mesra bersama para peminat beliau di media social.

Rasanya tidak semua wanita ketika di awal perkahwinan boleh memasak setara sebagai seorang Chef. Dari masa ke semasa ilmu dan kemahiran masakan boleh dipelajari dan asalkan yang penting mendapat sokongan daripada suami tercinta.

Sumber : ig anzalna nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!