Seru dan menyindir PU, ini komen makan dalam PU Rahmat buat Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah dan pelbagai isu kntroversi seolah-seolah sudah sebati. Pelakon wanita ini kerap kali mencipta kontroversi menerusi beberapa perkongsian di media sosial. Terbaru pula adalah membabitkan satu perkongsian di Instagram beliau yang memaparkan beliau sedang bersiap sedia untuk babak drama seterusnya namun terdapat paparan kurang enak dipertontonkan menerusi video itu kepada umum.

Sakinah berkata beliau berbuat demikian untuk mengambil mood sebelum memulakan lakonan dan berterima kasih kepada kru di lokasi penggambaran kerana sudi melayani kerenah beliau.

Walaubagaimanapun caption akhir beliau di status tersebut mengundang kontroversi apabila membabitkan nama PU dengan berkata mungkin video tersebut bakal mengundang kemarahan PU terhadap dirinya.

Justeru terpanggil dengan provokasi Sakinah, Pu Rahmat tampil dengan cara paling berhemah dan lemah lembut telah menegur dan membetulkan kenyataan Sakinah terhadap para Pencetus Ummah.

Memandangkan beberapa orang pencetus ummah sebelum ini pernah terpalit dengan kontr0versi oleh itu ada yang mempunyai persepsi kurang enak buat golongan tersebut.

PU Rahmat pada awalnya menjelaskan bahawa beliau sudah serik dan bertekad tidak mahu memberikan komen terhadap kelakuan para artis namun disebabkan posting Sakinah sendiri yang mengaitkan nama pencetus ummah maka PU Rahmat berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan sedikit ulasan.

Menerusi muatnaik di instagram Pu Rahmat memberikan maklumbalas kepada caption yang dimuatnaik oleh Sakinah itu.

Pu Rahmat berkata lagi bahawa Sakinah sebenarnya tidak perlu takut dengan para pencetus ummah kerana golongan pencetus ummah adalah manusia biasa yang melakukan salah dan dosa.

Kemarahan PU tidak merubah apa-apa malahan seharusnya Sakinah lebih takutkan kemarahan Allah. Ujar Pu Rahmat lagi kemarahan PU bukan kepada individu namun kepada dosa yang dilakukan. PU Rahmat juga sempat menyelitkan doa buat Sakinah di penghujung ulasan beliau itu.

Rata-rata warganet juga menyokong ulasan dan pandangan PU Rahmat itu. Mereka juga turut memberikan kata-kata semangat buat PU Rahmat supaya tidak ptah semangat dalam menyampaikan dakwah dan teruskan dengan tugasan untuk saling menegur dan ingat mengingati kepada masyarakat.

Netizen memuji cara PU Rahmat yang masih bersikap lemah lembut dalam memberikan teguran. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

“xyahla tgur kalo jnis x suka ditegur..sbb bnda bole tau dh akn mngundang kecaman,sje lgi nk wt so bia jela..kang tgur lbih2 mrh,pastu ckpla org bz body n bla bla bla..better singkirkan je pmpuan mcmni dlm list artis faveret..abis cter..kita x skit ati n dia pn x skit ati..dnia ni syurga untuk dia agknye”- Netizen

“Org mslim sendiri downgrade kan alim ulama kita…tak penah lg dgr org cina ke india kutuk2 perli2 ahli agama diorng…takde ke rase hormat segan pd org2 agama, benda org tegur tu yg btol..terima jela,

kalau xleh terima lbh baik diam je dr nak menegakkan benang yg basah & membuatkan org lain nampak buruk…pdhal dh mmg ko slh pun..diorng2 ni mmg bljr agama diorng lbh arif..kenapa ko nak perli2 mcmtu..haishh semoga diberi hidayah la pd kita semua seblum ajal menjemput…” – Netizen

“Kerana PU setitik, rosak PU sebelanga.. bertabahlah PU Rahmat. Smoga jln dakwah dipermudahkan. Jgn berhenti berkata benar kerana kan ade Allah yg akan sedia memenangkan kamu. Inshaallah” – Netizen

“Trdgr Ade ustaz kata dlm tv, kte nie guna oksigen Allah tp ikut peraturan sndiri.. xpe PU, teruskn brdakwah.. di akhirat nti mereka² yg rugi kerana tidak amek ape yg dah dismpaikan.. mmg saakit hati tgk sakinah nie.

manusia xthu malu duduk menumpang bumi Allah tp ikut peraturan sndiri.. semoga Allah beri taufiq Dan hidayah buat die” – Netizen

Netizen juga kecewa dengan sikap Sakinah yang kurang sensitif terhadap agama serta memberikan sindiran terhadap para pencetus ummah yang merupakan golongan agamawan. Warganet turut mendoakan agar Sakinah diberikan hidayah dan berubah suatu hari nanti.

Sumber: Instagram pu rahmat official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*