“Semuanya berjalan lancar” – Syazwan Zulkifly kini sah menjadi tunangan orang

Pelakon versatil, Syazwan Zulkifly selamat bertunang dengan wanita pilihannya, Sya Zulkifli pada Sabtu. Difahamkan, majlis yang dilakukan secara tertutup itu telah dilangsungkan di Taiping, Perak. Serentak dengan itu, keduanya turut memaklumkan berita gembira itu menerusi media sosial masing-masing. Ramai yang mengucapkan Tahniah di atas pertunangan mereka. Semoga mereka berbahagia ke jinjang pelamin.

“Ini semalam punya cerita. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar,” tulis Syazwan di Instagram.

Malah, si tunangan turut memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis.

“One step closer. Alhamdulillah,” maklum Sya pula. Mereka sedondon mengenakan persalinan polos putih.

Sebelum itu, Sepuluh tahun berkenalan, pelakon, Syazwan Zulkifly, bakal mengikat tali pertunangan dengan pramugari, Syawariah Zulkifli, pada 31 Ogos ini.

Menurut Syazwan, 32, majlis pertunangan mereka akan berlangsung di kediaman kekaasihnya di Taiping, Perak.

“Kami sudah berkenalan sejak 10 tahun lalu, namun mula rapat selepas hubungan saya dengan bekas kekaasih sebelum ini, putus.

“Walaupun bukan orang seni, dia sangat memahami kerjaya saya. Dia tidak pernah persoalkan jika saya pulang lewat daripada penggambaran. Dia juga tak cemburu kalau ternampak saya bergurau dengan pelakon wanita lain,” katanya kepada BH Online.

Selain sampai seru, Syazwan juga memutuskan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat lebih bermakna, mengenangkan kedua-dua orang tuanya yang semakin berusia.

“Saya memang sudah lama bersedia untuk berkahwin, cuma jodoh tak panjang. Jadi, apabila hubungan kami semakin serius dan seru pun sudah sampai, kenapa perlu ditangguhkan lagi?”

“Ketika kedua-dua orang tua masih sihat, lebih baik saya mempercepatkan majlis pertunangan ini,” katanya sewaktu ditemui pada majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Warkah, di Mutiara Damansara, di sini.

Mengenai tempoh pertunangan, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri, Juvana, ini belum menetapkan sebarang tarikh untuk mereka disatukan.

“Kami belum memikirkan soal tarikh perkahwinan. Kalau bertunang lama-lama pun saya tak kisah. Mungkin ada yang beranggapan, banyak cabaran dan dugaan akan datang jika bertunang lama-lama.

“Bagi saya pula, tiada istilah dugaan bertunang kerana kami saling mempercayai antara satu sama lain dan selebihnya saya serahkan kepada takdir,” ujarnya yang turut dicalonkan pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 32.

Sumber : MH / Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*