” Semoga mendapat haji yang mabrur” – Sekitar keberangkatan Neelofa ke Mekah untuk menunaikan haji

Seperti yang kita sedia maklum neelofa akan berangkat menunaikan haji pada 4 ogos iaitu hari ini bersama ibunya dan adik lelakinya. Neelofa juga kongsikan perasaan terujanya kali pertama dapat mengerjakan haji. Neelofa juga ada membuat satu majlis Doa selamat baca yasin tahlil. Min kongsikan video dan gambar sekitar keberangkatan neelofa ke klia petang tadi.

Nampak tenang wajahnya. Semoga semua di permudahkan.

Ramai netizen mendoakan yang baik baik untuk neelofa, ibunya serta adik lelakinya di permudahkan urusan dan semoga mendapat haji yang makbur. Sama sama kita doakan untuk Neelofa sekeluarga.

Penjelasan dan perkongsian dari Neelofa sebelum apabila menyatakan dia akan mengerjakan haji bersama sama ibunya dan adik lelakinya.

Jelas Noor Neelofa Mohd Noor, haji kedua ini nanti turut disertai dua orang adik lelaki dan ibunya.

“Saya rancang ke sana pada 4 Ogos ini tetapi proses masih belum lengkap. Apa-apa sahaja boleh berlaku namun saya mengharapkan doa anda semua supaya segalanya dipermudahkan.

“Dari segi persiapan saya banyak membaca buku berkaitan haji dan ada panggil ustaz ke rumah untuk terangkan kepada dua adik lelaki saya berkenaan rukun haji.

Neelofa juga kongsikan perasaan teruja dan happynya dapat menunaikan haji

“Alhamdulillah saya juga rasa lebih teruja pada kali ini kerana banyak masa untuk membuat persiapan kelengkapan ke sana nanti,” jelasnya berdebar.

“Memandangkan saya pernah ada pengalaman menunaikan haji sebelum ini, untuk pergi sekali lagi saya sudah tahu nak buat apa. Tidak sabar untuk merasa perasaan yang Allah bagi dan tak sabar untuk cari lagi pengalaman baru,” katanya.

Dalam masa sama, Neelofa yang juga pengacara program MeleTop berkata, dia memasang niat untuk menunaikan haji setiap tahun.

“Kalau ikut perancangan, saya nak pergi haji tahun lalu dengan mak, tapi ketika itu arrwah datuk saakit kuat. Jadi kami tangguhkan.

“Apabila berpeluang tahun ini, saya teruskan saja dan tak payah fikir banyak kali. Sebenarnya kalau boleh nak pergi haji setiap tahun dan umrah sebanyak mungkin,” katanya.

Sumber : Ig lofa.world

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*