“Semoga lagu Dato’ tak membuatkan kita semua ber PKP semula”- Netizen

Kejayaan Dato Aliff Syukri dalam bidang perniagaan tidak dapat dinafikan. Beliau juga sebelum ini pernah muflis dan gagal berkali-kali sebelum betul-betul berjaya bergelar jutawan sepertimana beliau pada hari ini. Kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, beliau juga trjun ke dunia seni apabila menyanyikan lagu pertama beliau bersama Sajat berjudul Abang Nak Tegur beberapa tahun lepas.

Dato Aliff kemudiannya turut menjadi pelakon apabila menjadi teraju utama filem Badang. Sebelum ini Dato Aliff pernah muncul dengan beberapa lagu. Antaranya ialah lagu Bobo Di Mana berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia iaitu Lucinta Luna.

Minat Dato Aliff terhadap nyanyian nampaknya tidak pernah pudar. Kelihatan beliau berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasratnya dalam bidang nyanyian.

Beliau juga pernah tampil dengan klip video air mata berd4rah menerusi lagu Cuba Bahagia di mana klip lagu tersebut menjadi tular dan meraih sehingga 2.8 juta tontonan di saluran youtube.

Sepertimana kebanyakkan penyanyi lain yang mempunyai lagu raya, Dato Aliff juga turut muncul dengan lagu raya tahun lalu. Lagu raya pertama beliau berjudul Lalala Raya.

Meskipun nyanyian beliau sering menerima kritikan dan sindiran namun jumlah tontonan bagi lagu raya tersebut bagaimanapun begitu memberansangkan dan menjadi tular dalam masa beberapa hari.

Perkara berkenaan membuatkan Dato Aliff merasa gembira kerana berjaya memikat para pendengar dengan lagu raya nyanyian beliau.

Tahun ini, Dato Aliff sekali lagi bakal muncul dengan lagu raya baru demi menghiburkan para peminat beliau.

Berkongsi aktiviti terkini di instagram, Dato Aliff berkata dirinya dalam perjalanan untuk membuat latihan vokal. Menurut ahli perniagaan tersohor itu, seiring dengan peningkatan usia, otaknya perluk4n rehat.

Beliau selesa untuk melakukan kerja- kerja yang ringan dan tidak membebankan kepala, di sebabkan itu, tahun ini beliau akan melancarkan lagu raya yang agak ringkas demi menghiburkan orang ramai.

Kongsi Dato Alif lagi, beliau tiada niat untuk bersaing dengan sesiapa dan hanya mendoakan agar lagu raya nyanyian beliau tahun ini bakal di sukai oleh orang ramai.

https://www.instagram.com/p/CbCp2FmvODn/?utm_source=ig_web_copy_link

Sebelum ini, respon daripada para peminat agak mengecewakan kerana merasakan suara beliau tidak sesuai untuk menyanyikan lagu yang bernada tinggi.

Dato Aliff pernah berkata beliau tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang dan tidak kisah sekiranya ramai yang tidak sukakan beliau. Yang penting beliau tidak berbuat jahat terhadap orang lain.

Walaupun sebelum ini Dato Aliff sering menerima k3c4man daripada netizen kerana suaranya namun beliau masih tampil dengan lagu raya baru buat rakyat Malaysia.

Menjengah keruangan komen, rata-rata warga maya meninngg4lkan komen berbaur sindiran mengenai lagu terbaru yang bakal di lancarkan Dato Aliff.

Namun begitu, peminat Dato Aliff tetap memberikan semangat buat Dato Aliff dan mendoakan kejayaan lagu raya tersebut. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram Dato Aliff.

Sebagai rekod, sebelum ini seorang individu pernah melabelkan Dato Aliff sebagai penyanyi No 1 negara. Pujian daripada individu tersebut membuatkan Dato Aliff merasa seakan tidak percaya kerana telah di letakkan sebagai penyanyi no 1 negara.

Kata Dato Aliff lagi beliau merasakan seolah bermimpi menerima gelaran penyanyi no 1 negara. Sesiapa pun pasti akan merasa bangga dan gembira sekiranya dipanggil sebagai penyanyi no 1 negara.

Tambahan pula gelaran berkenaan diberikan oleh seseorang yang tidak kita kenali dan ikhlas memberikan pujian.Semoga Dato Aliff terus positif dan tidak mudah putus asa.

Sumber: ig Dato Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!