“Semoga cepat dikurniakan zuriat” – Netizen

Ada banyak jenis senaman yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat badan berlebihan serta mencapai berat yang ideal. Bagi para artis, penampilan merupakan perkara yang penting bagi mereka. Makin-makin lagi bagi para pelakon yang akan tampil berlakon dalam satu filem baru, sudah tentu penampilan harus dijaga baik-baik agar watak yang dipegang benar-benar dapat dijiwai. Seperti penyanyi, pengacara dan pelakon popular Marsha Milan, yang mana akan tampil berlakon dalam satu filem baharu maka sekarang Marsha sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Mengurangkan berat badan ni tampaknya kelihatan mudah namun sangkaan ini ternyata salah. Kalau tidak mempunyai disiplin yang tegas, maka tidak berkesanlah usaha mahu mengurangkan beraat badan.

Apalagi bagi mereka yang susah untuk ‘berpisah’ dengan makanan, bertambah-tambah kesusahan untuk melakukan kehendak ini. Maka, impian untuk mengurangkan berat badan pada tahun ini terpaksa dibawa ke tahun hadapan lagi.

Tapi tidak bagi Marsha. Beliau yang sudah bertekad untuk mengurangkan berat memilih senaman yoga sebagai alternatif senaman hariannya. Walaupun Marsha kadang kala tergoda dengan keenakan makanan, dia tetap juga meneruskan usahanya untuk beryoga.

Ujarnya, dia sentiasa berada dalam keadaan dilema kerana asyik memikirkan tentang makanan walaupun sudah nekad untuk menguruskan badan untuk projek lakonan Marsha yang akan datang.

Wah, hebat posing yoga Marsha ni. Tidak hairanlah jika Marsha memiliki susuk tubuh yang ‘slim’. Rupa-rupanya, Marsha mahir beryoga. Agak-agaknya Marsha ni mesti dah capai level ‘advanced’ dalam senaman yoga ni.

Senaman ni sememannya berkesan untuk mengecilkan ukur lilit pinggang. Lihat sahaja keberkesanan yoga kepada Marsha yang sentiasa kelihatan ramping walaupun sudah berumur 35 tahun.

Foto perkongsian Marsha ini yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam telah mendapat sebanyak 9,592 likes dan 99 komen. Rata-rata netizen memuji Marsha yang kelihatannya amat ‘power’ semasa melakukan senaman yoga ini.

Namun yang berjaya mencuri perhatian min adalah sempat juga salah seorang followers Marsha ni memberi ‘nasihat’ kepada Marsha agar dikurniakan zuriat dengan cepat. Amboi, orang tengah fokus bersenam tapi isu zuriat pulak yang diketengahkan. Kihkihkih.

Lipatan badan Marsha semasa sedang beryoga tu agak seram juga min perhati. Kalau min yang berlipat macam tu, memang hspital lah jawapannya.

Harap Marsha sentiasa berhati-hati semasa beryoga ya walaupun dah ‘pro’ dan harap impian untuk mengurangkan berat badan tu dapat dicapai pada tahun ni juga. Hehehe..

Sumber: Instagram Marsha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!