“Semenjak jadi mummy ni, berseri betul muka u” – Netizen

Siapa lagi tidak kenal dengan Che Puan Juliana Evans kita yang cantik jelita. Sudah diketahui semua, kami telah diberitahu tentang berita paling bahagia Juliana Evans dan pasaangan telah dianugerahkan seorang puteri yang sangat comel yang diberi nama Tengku Kamiliah. Puteri sulungnya itu dilahirkan pada 12 Julai 2019 lalu nampaknya begitu sihat dan tembam sekali.

Comelkan BabyMily? Dalam pada itu, ramai yang memuji Che Puan Juliana Evans kelihatan semakin berseri selepas bersalin baru-baru ini.

Mana taknya, pabila pantang dan makan dijaga betul-betul, tidak hairanlah Che Puan kita sorang ini dapat kembali pada susuk bak anak dara.

Berseri kan Che Puan kita? Pada perkembangan terbaru beliau, beliau sedang mempromosikan produk terbaru L’occitane, Immortalle Precious Skincare.

Sumber : Ig Juliana Evans

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*