“Semangat dia blow lilin kat kek tu, happy birthday Aafiyah” – Netizen

Cepat sungguh masa berlalu, anak kepada Tokti iaitu Siti Aafiyah kini sudah pun berusia 3 tahun. Tokti begitu bersyukur dengan perjalanan kehidupannya yang semakin bahagia sejak bergelar ibu, Tokti juga seperti insan lain yang tidak terlepas diuji apabila suatu masa dahulu melalui ujian yang berat menunggu sehingga 11 tahun lamanya sebelum dikurniakan zuriat.

Siti Aafiyah juga bakal naik pangkat jadi kakak apabila Tokti dijangka akan melahirkan anak keduanya pula sekitar bulan April ini. Jantina anak kedua tersebut telahpun didedahkan oleh Tokti sebelum ini kerana anak keduanya itu merupakan kembar kepada Siti Aafiyah kerana di ambil daripada embrio yang sama semasa proses IVF untuk mendapatkan Siti Aafiyah dahulu.

Sebagai rekod sekitar awal bulan Disember yang lalu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pasaangan Datuk Khalid telah pun membuat pengumuman mengenai kehamilan Tokti.

Kehamilan kedua itu sebenarnya telah dihidu lebih awal oleh para peminat apabila sebelum ini telah tular sebuah video Tokti bersama Aafiyah dimana Aafiyah menciium perut ibunya seolah-olah mempunyai “isi”.

Pemilik nama penuh Siti Aafiyah Dato Seri Khalid ini telahpun genap berusia 3 tahun pada 19 Mac yang lalu. Permata hati pertama kepada penyanyi tersohor negara ini begitu di sayangi oleh masyarakat apatah lagi para peminat tegar kepada ibundanya sendiri.

Majlis sambutan hari jadi Aafiyah baru sahaja di adakan petang semalam di hadiri oleh sahabat dan ahli keluarga Tokti yang terdekat. Majlis hari jadi Aafiyah kali ini mengambil tema sempena watak kartun Moana yang menjadi kartun kegemaran Aafiyah.

Terkini Tokti baharu sahaja memuat naik beberapa keping gambar disekitar majlis hari jadi anaknya itu kelihatan begitu ayu walaupun dalam persalinan ringkas. Tokti yang kini sarat mengandung kelihatan berseri-seri dan ramai yang memuji wajah Tokti yang kelihatan muda remaja mengenakan tudung bawal ketika majlis hari jadi tersebut.

Terdapat juga sesi nyanyian yang di adakan di majlis tersebut dan Izara Aishah yang merupakan menantu kepada Tokti tidak melepaskan peluang turut membuat persembahan nyanyian lagu Hindustan. Majlis berlangsung dengan begitu meriah dan Aafiyah juga turut teruja ketika sesi meniup lilin dan memotong kek hari jadi beliau.

Ruangan Instagram Tokti juga dipenuhi doa-doa para peminat yang mendoakan kesejahteraan buat anakanda kesayangan Tokti dan mereka juga memuji kecomelan raut wajah Siti Aafiyah yang tidak ubah seperti wajah Tokti ketika muda.

Terpancar keceriaan pada wajah Aafiyah dapat bersama rakan-rakan yang lain di majlis hari jadi tersebut. Berikut dikongsikan beberapa komen dan doa para peminat buat Siti Aafiyah sempena usianya yang genap 3 tahun.

“Sopan jaaa baju pregnant tokti…sejuk mata memandang…. Semoga dipermudahkan utk bersalin nnt.. Happy Birthday aafiyah…..” – Netizen

“Semoga jadi anak shalihah,cantik hati baik Budi. salam dari Indonesia” – Netizen

“Alaa Tokti ni pakai tdng bawal ni nk lawan kite la tu. ishh nmpk muda mcm 20an” – Netizen

“Cantiknya tokti pakai bawal. Muda remaja” – Netizen

“saya tunggu aafiyah for 20 more years. happy birthday lil cutie” – Netizen

“Sanahheluwa ya jamil afiah membesar dan membawa ke dua irang tua mu ke janah ygpaling indah yah sayang” – Netizen

“Datuk k sejak ada anak kecik ni dia nampak muda sungguh kan tokti.. sat lagi tambah lg yg kecik maybe terus macam dak2 lepas spm.  sanah helwah siti aafiyah” – Netizen

“Happy birthday princess Aafiyah comey…semoga jadi anak solehah…Aamiin” – Netizen

“Ibu dan anak sentiasa comel…” – Netizen

Tak sabar nak melihat wajah anak lelaki Tokti pula selepas ini. Jika wajah Aafiyah saling tak tumpah seperti Tokti mungkin wajah anak lelaki akan mengikut wajah bapanya Datuk Khalid pula kan.

Baru adil orang kata. Selamat hari jadi diucapkan buat Siti Aafiyah. Mudah-mudahan menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati kedua ibu bapa apabila dewasa kelak. Amin.

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*