“Seluar tu Sari punya ke Jep”- Netizen

Ramai yang cukup mengenali Jep Sepahtu sebagai pelawak dan bakatnya dalam dunia lawak tanah air juga di akui oleh orang ramai. Jep yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Sepahtu itu juga sering tidak mengecewakan para peminatnya apabila membuat persembahan bersama kumpulan tersebut di rancangan Sepahtu Reunion Live yang bersiaran setiap hari Khamis.

Gelagat serta lawak spontan Jep mengusik para tetamu jemputan dan juga rakan- rakan pasti menghiburkan ramai. Jep mendirikan rumahtangga dengan pelakon manis Sariyanti Februari 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara yang kini berusia empat tahun, Muhammad Khidir yang berusia dua tahun, dan Abu Bakr yang berusia satu tahun.

Bukan sahaja kuat menyakat di pentas bersama para tetamu jemputan namun sebagai bapa juga beliau kuat menyakat anak- anaknya terutama anak daranya Dariya Inara.

Lumrah sebagai anak perempuan, anak daranya itu mempunyai pelbagai gelagat yang lucu. Video beliau bersama anak- anak juga menerima pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jep yang suka menyakat anak- anaknya.

Untuk rekod, baru-baru ini telah tular satu video memaparkan Jep mengusik tetamu undangan Program Sepahtu Reunion episode tersebut iaitu Erra Fazira untuk menyuapkan bubur.

Bagaimanapun aksi Jep tersebut akhirnya mengundang p4d4h apabila mendapat respon daripada Sariyanti yang kemudiannya menyediakan bubur ped4s buat suaminya itu.

Memuatnaik video terbaru di instagram beliau, gelagat Jep berpakaian menarik perhatian netizen. Pakaian yang disarung oleh Jep itu di percayai adalah bersempena acara ‘Catwalk’ yang di anjurkan oleh stesen radio Sinar FM. Jep merupakan salah seorang penyampai radio stesen berkenaan bagi segmen Pagi di Sinar.

Tema CatWalk berkenaan adalah mengikut karakter dan personality diri masing- masing. Manakala pelakon Ramona Zam Zam bakal menjadi juri bagi acara tersebut.

Bagaimanapun seluar yang di pakai oleh Jep dalam acara CatWalk berkenaan menjadi bualan para netizen di ruangan komen apabila rata- rata berkata seluar berkenaan adalah milik isterinya iaitu pelakon Sariyanti.

Usikan netizen tersebut membuatkan video perkongsian Jep di instagramnya itu menerima komen sebanyak 1128 dan hampir 46.1 tanda suka daripada para netizen. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Alahai kelakar betul lah Jep ni, ada- ada sahaja yang di lakukan oleh beliau yang membuatkan orang ramai geli hati dan terhibur dengan gelagat beliau.

Khabarnya stesen radio berkenaan juga turut mengadakan undian bagi pakaian terbaik. Semoga ada rezeki dan tuah Jep pakai seluar Sariyanti kali ni.

Sumber: ig Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!