Selepas netizen persoal Neelofa buka chatime atas gunung, hari ini mungkin atas air pula

Semalam menerusi Instagram story, selebriti Neelofa telahpun tampil menjelaskan keadaan sebenar dimana keberangkatan beliau ke Langkawi adalah kerana beliau mempunyai urusan kerja bersama syarikat minuman Chatime. Neelofa menegaskan bahawa beliau telah bercadang untuk membuka sebuah cawangan Chatime di Langkawi dan beliau kesana kerana ingin membuat lawatan ke atas cawangan baru tersebut.

Pihak p0lis dan pihak pengurusan Chatime sendiri telah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media bahawa Neelofa ke sana atas urusan kerja dan bukannya merentas negeri untuk berbulan madu sepertimana di dakwa oleh netizen.

Sebagai rekod Neelofa dan pasangannya PU Riz yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis serba mewah pada 27 Mac yang lalu namun beberapa hari setelah majlis akad nikah itu berlangsung mereka bagaimanapun dilihat telah berlepas ke Langkawi.

Isu tersebut menjadi begitu sensasi dan menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen kerana tidak berpuas hati apabila selebriti tersebut bersama suaminya PU Riz di katakan mengambil kesempatan untuk berbulan madu dan merentas negeri.

Mengenali Neelofa, beliau seorang yang tidak mudah melatah dan mengambil pusing terhadap sebarang tuduhan netizen. Malahan selebriti berkenaan ternyata sudah lali dengan beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya dan hanya meminta supaya semua pihak agar bertenang dengan isu yang kian hangat diperkatakan.

Walaupun sedang menempuhi dugaan setelah berumahtangga namun beliau tetap bersyukur dan menganggap isu yang sedang hangat diperkatakan mengenai tindakan beliau dan suami merentas negeri sebenarnya secara tidak langsung membantu mempromosikan lagi cawangan baru beliau di Langkawi walaupun masih belum dilancarkan.

Bagaimanapun terbaru Neelofa telah memuatnaik beberapa gambar diinstagram storynya di mana beliau dan suaminya membuat aktiviti sukan air. Neelofa dilihat mengenakan pakaian yang bersesuaian untuk menaiki jetski dan menunggang jetski tersebut bersama suaminya untuk melihat keindahan alam di tasik sekitar Langkawi.

Perkongsian terkini dari Neelofa itu secara tidak langsung menguatkan lagi dakwaan bahawa beliau sebenarnya sedang bekerja sambil bercuti bersama suami tercinta. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

Aktiviti sukan air tersebut berkemungkinan besar dilakukan berdekatan tasik dayang bunting, mungkin pasangan pengantin baru ini berharap untuk mendapatkan rezeki zuriat secepat mungkin.

Pelbagai spekulasi sedang berlegar dalam media sosial mengenai k3s pasangan pengantin baru ini yang dikatakan merentas negeri namun kedua-duanya masih berdiam diri. Tidak mudah menjadi Neelofa.

Apa jua percaturan yang dibuat pasti akan ada isu yang terpalit sama ada positif mahupun negatif.  Semoga apabila pasangan ini kembali semula ke Kuala Lumpur mereka berdua dapat memberikan penjelasan kepada netizen selepas ini.

Sumber: ig  story neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*