Selepas berbaik semula, Dato Aliff hadiahkan kereta mewah untuk Datin

Tiada apa yang lebih membahagiakan dari mendapat hadiah dari suami tercinta. Kalau mendapat bunga pun sudah bahagia inikan pula barangan mewah seperti rantai emas, kereta dan sebagainya. Pastinya si isteri akan terasa dihargai dan disayangi. Seperti kita ketahui, telah berlaku salah faham antara Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida tetapi mereka telah berbaik semula.

Setelah mereka berdua telah berdamai antara suami isteri, Datin Shahida telah berkongsi momen beliau bersama kereta baharunya yang dibeli oleh suaminya.

Mula2 aliffsyukriterlajaklaris suruh jual kereta lama sedih juga…tapi rupa2 nya dia nak belikan yg baru…..tq hubby aliffsyukriterlajaklaris…berbunga2 hati dapat kereta baru

Dilihat dari gambar kongsian beliau, hadiah yang Datin Shahida peroleh itu adalah kereta berjenama mewah Porsche Cayenne.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Datin atas hadiah yang beliau peroleh dari suami tersayang. Selain itu, ada juga yang mengatakan kereta berkenaan adalah rezeki anak mereka yang bakal lahir tak lama lagi. Ada juga yang memuji Dato Aliff kerana beliau dimurahkan rezeki kerana beliau selalu membahagiakan isterinya.

Makanya, buat si suami, jika ingin mendapat kesenangan hati dalam kehidupan, haruslah bahagiakan si isteri dulu. Tetapi si isteri jangan pula menekan si suami untuk menghadiahkan kereta Porsche pula yaa.

Sumber : Ig Shahidadherbs

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*