Selepas 2 bulan, Aiman Hakim akhirnya umum nama dan dedah wajah anak

Setelah 2 bulan akhirnya pasngan pelakon yang sama cantik dan sama padan iaitu pasngan Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim Ridza telahpun berkongsi nama dan gambar penuh anak sulung mereka di instagram masing-masing. Untuk rekod anak sulung pasngan ini telahpun dilahirkan pada 5 Januari yang lalu dan kini mereka berdua sedang diulit bahagia dengan kehadiran buah hati sulung mereka itu.

Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumahtangga pada 20 Feb 2020 setelah beberapa tahun berkenalan. Buat para peminat yang setiasa mengikuti perkembangan pasngan ini, sentiasa tertunggu mengenai pengumuman nama anak mereka kerana sebelum ini mereka berdua masih belum berkongsikan nama anak mereka berdua kepada para peminat.

Sebelum ini, tindakan pasngan tersebut untuk terbang ke Australia bagi melalui proses kelahiran di sana telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan para peminat. Bagaimanapun mereka berdua menjelaskan keputusan tersebut dibuat kerana keluarga Zahirah sememangnya menetap di Perth Australia dan Zahirah pastinya mahu melalui proses berpantang dan menimba ilmu dalam membesarkan anak sulung bersama ibunda tersayang.

Menerusi perkongsian terkini Instagram, Aiman memuatnaik beberapa keping gambar penuh anak kesayangannya bersama Zahirah. Sempena usia anaknya yang sudah mencecah 2 bulan, Aiman turut menitipkan doa buat anaknya dan berharap semoga anaknya itu menjadi seorang anak yang taat, baik hati dan penyayang.

Gambar tersebut dipercayai di rakamkan oleh juruphoto di Australia sebagai kenangan mereka sekeluarga atas kelahiran pertama hati sulung tersebut. Muatnaik seterusnya Aiman telah berkongsi wajah penuh anaknya dengan biodata ringkas dimana menerangkan nama penuh milik anaknya itu berserta tarikh lahir.

Nama yang dipilih pasngan ini ialah Isaac Raees bin Aiman Hakim. Aiman juga memperkenalkan instagram anaknya itu kepada para peminat mereka. Di Instagram anaknya itu pasngan berkenaan turut memuatnaik video Isaac Raees tersenyum menunjukkan lesung pipit setelah di lahirkan.

Sebelum ini Zahirah berkongsi perasaan teruja dan gembira dengan perjalanan kehamilan dan kelahiran anak lelaki sulungnya itu. Kelahiran cahaya mata menjadi detik paling indah buat beliau dan suaminya. Zahirah bagaimanapun hanya mendedahkan sebahagian sahaja wajah anak sulungnya itu buat tatapan para peminat yang ternantikan untuk melihat buah hati sulung pasngan ini.

Akhirnya posting terbaru ini telah menjawab segala tanda tanya para peminat mereka. Ruangan komen milik Instagram pasngan ini juga dihujani pujian para peminat yang teruja melihat wajah comel Isaac Raees. Berikut dikongsikan komen para peminat.

Pendedahan tersebut berkemungkinan besar dibuat setelah Zahirah selamat menghabiskan tempoh berpantang. Sebelum ini wajah comel anak pasngan ini mencuri tumpuan kerana mempunyai lesung pipit di pipi.

Para peminat turut memuji kecomelan wajah bayi tersebut dan kini akhirnya terubat rindu para peminat mereka dengan pengumuman nama dan pendedahan wajah penuh anak mereka ini.

Sumber: ig aimanhakimridza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!