“Selamba je lap pakai baju, nice one”-Netizen

Sikap ramah dan tidak somb0ng oleh seseorang selebriti sememangnya mudah untuk didekati ramai peminat. Bergelar selebriti sudah pasti akan mengecapi populariti dan menarik perhatian peminat. Maka disebabkan itu, seseorang selebriti itu perlu melayan baik peminat dan sentiasa menghargai sokongan peminat terhadap mereka yang bergelar selebriti. Tanpa sokongan peminat, populariti selebriti pasti sukar untuk naik. Kan?

Seperti Nabil, beliau antara pelawak yang disukai ramai. Sokongan peminat buatnya membuatkan populariti Nabil masih utuh hingga kini. Nabil melayan baik peminatnya tanpa mengenal usia.

Buktinya, Nabil sanggup melayan peminatnya yang inginkan tanda tangan nabil pada permukaan motor sendiri. Bukan biasa-biasa ya. Kebiasaannya tanda tangan selalu di atas kertas je hehe..

Nabil berkongsi sebuah video di Instagram menunjukkan tanda tangannya ditulis di atas motor peminatnya. Reaksi spontan Nabil mengelap motor peminatnya sebelum tanda tangan telah menjadi perhatian netizen.

Dari situ kita sudah lihat sikap rendah diri Nabil yang disegani ramai peminatnya. Walaupun kita sedia maklum harga baju nabil berkemungkinan mahal namun beliau sedikit pun tidak kisah tentang itu.

Secara umumnya, ramai mengetahui kisah hidup Nabil dahulunya pernah menjadi mat despatch sebelum beliau bergelar selebriti Malaysia. Rezeki berpihak pada Nabil, beliau kini telah bergelar penyampai radio Era dan memiliki kehidupan yang mewah.

Dalam pada itu, video dimuatnaik Nabil telah menerima 129,000 tontonan dan komen-komen yang positif daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji Nabil kerana sikap beliau yang ramah dan tidak somb0ng dengan peminatnya. Memang jadi kesayangan peminat lah Nabil ni..

Mungkin juga Nabil akan jadi ikon permotoran? Hehe. Selain komen netizen, komen daripada atlet sukan permotoran Hafizh Syahrin juga menarik perhatian netizen.

Untungnya peminat dapat tanda tangan khas daripada Nabil. Tanda tangan atas motor kesayangan tu.. Memang jadi koleksi peribadi yang berharga.

Sumber: Instagram nabilzira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!