Sekitar majlis sambuutan ulangtahun perkahwinan Tok Ti yang ke 13, kecomelan Aafiyah jadi tumpuan ramai

Siapa tidak kenal Dato Siti Nurhaliza, penyanyi No 1 Malaysia. Ramai yang suka dengan personaliti Tok Ti yang sopan santun, lemah lembut yang tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Sekejap saja masa berlalu, hari ini genap 13 tahun usia perkahwinan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dalam beberapa entri di Instagram Siti, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang tidak jemu mendoakan mereka berdua.

“Sambuutan sederhana ulangtahun perkahwinan ke-13 saya dan suami, Alhamdulillah.”Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami selama ini,” tulis Siti pada beberapa entri di Instagramnya.

Selain daripada keluarga terdekat, beberapa teman artis turut hadir di majlis sambuutan ulang tahun perkahwinan tersebut.

Aafiyah menjadi tumpuan ramai di majlis tersebut.

Ramai yang memuji kecomelan Aafiyah. Antara komen ntizen,

hasmania_abas, yg ini menunjukkan Aafiah ni mmg ada bakat semulajadi jadi model.

normataksiah, Suka tgk Aafiyah… dr kecik dh ajar sentiasa dgn long pants… gaun cantik still dgn long pants.

ibu_missza, Bagus pemakaian Aafiyah.. walaupun pakai. dress pendek msh memakai lengging y Ada renda cantik.. sopan.

daya.basir Comel sangattt.. rasanya Tak penah lagi nampak afiyah pakai skirt yg nampak kaki die. Slu mesti akan pakai seluar kat dlm klu pakai skirt. Baru perasan…

farahzackarya Comelnya aafiyah.. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati buat ibu ctdk n ayah..

Antara artis-artis yang hadir melalui gambar yang dimuat naik Siti ke Instagramnya adalah Mark Adam dan isteri, Syamel serta Ernie Zakri. Mereka kelihatan turut menyampaikan lagu secara duet bersama dengan Siti.

Rata-rata peminat mengalkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan di ruangan komen serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Pasaangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah Khalid yang dilahirkan pada 19 Mac 2018. Semoga kekal bahagia ke Jannah.

Sementara itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza beranggapan kuasa pemilihan lagu yang diberikan kepada peserta dalam sesebuah persembahan tidak memberi cabaran buat seorang penyanyi.

Siti, 40, berkata, tindakan seperti itu akan menyebabkan peserta hanya menyanyikan lagu mengikut keselesaan masing-masing.

“Bila buat begini, sudah semestinya akan ada baik dan buruk.

“Kalau bukan artis yang pilih lagu untuk mereka nyanyikan ketika pertandingan boleh, tetapi di sini saya rasakan pihak produksi ada garis panduan mereka sendiri.

“Sudah tentu seseorang artis itu akan nyanyikan lagu yang mereka boleh bawakan dengan baik. Tapi dalam masa sama, tidak akan ada cabaran buat artis itu,” katanya kepada mStar.

Penyanyi terkenal itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sistem pemilihan lagu bagi peserta program Big Stage 2019 di Shah Alam pada Ahad.

 

Dalam pada itu, Siti turut memberi pandangan agar pihak produksi berbincang dengan peserta terlebih dahulu dalam menentukan sesebuah lagu yang bakal dinyanyikan.

“Sebagai juri, kita perluukan variasi dan sebenarnya lagu yang susah itulah yang orang nak tengok.

“Pada saya perkara ini perlu dibincangkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan pemilihan lagu terbaik dan sesuai buat mereka,” ujarnya.

Konsert pertama program tersebut membuka tirai dengan menyaksikan seramai 12 peserta termasuk dari Thailand, Indonesia, dan Korea Selatan.

Antara peserta tempatan yang terlibat adalah Santesh, Neeta Manisha, Fieya Julia, Kucaimars dan ramai lagi.

Sebagai juri, kita perluukan variasi dan sebenarnya lagu yang susah itulah yang orang nak tengok.

Program ini masih mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai juri tetap disamping dua orang penyanyi popular Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan yang akan menduduki kerusi juri secara bergilir-gilir setiap minggu.

Bagi program yang berlangsung malam Ahad itu menyaksikan Mark Adam bertindak sebagai juri jemputan manakala pengacara popular Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai hos Big Stage bagi musim ini.

Episod pembukaan bagi minggu pertama itu turut menyaksikan bintang dari Korea Selatan iaitu Han Byul memberikan persembahan memukau menerusi single miliknya berjudul Shooting Star.

Konsert mingguan Big Stage akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama lapan minggu setiap Ahad pkul 9 malam.

Sumber : gempak / mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*