“Sedapnya suara, menurun mak ni confirm” – Netizen

Wajah si kecil ini biasa kita tengok terselit sama dalam video-video konten di medsos yang dibuat ibunya. Berbakat sungguh kalau dilihat dari riak wajah dan tingkahnya yang tampak in character. Rupanya bakatnya bukan sekadar berlakon untuk video konten, menyanyi pun Anggerik boleh macam ibunya, penyanyi popular Adira Suhaimi yang suka berkongsi aksi dan situasi lucu di medsos akhir-akhir ini.

Lihat dan dengarkan saj4lah bagaimana anak sulung Adira dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red ini melontarkan suaranya. Jelas dan nyata sebijik-sebijik sebutannya.

Bijak betul Anggerik menyanyikan lagu ketuhanan berbahasa Arab bertajuk Rahmatan Lilalameen, yang mana penyanyi asal lagu itu, Maher Zain. Boleh terbelit juga lidah kalau tak biasa nyanyi lagu gitu kan?

Yang pasti ramai netizen menyatakan kekaguman akan kebolehan Anggerik itu. Ya lah… bukan senang nk menghafaz sebutannya kalau tak betul-betul dihayati liriknya. Yakin je Anggerik nyanyi.

“pandainya dia.acik pun xpndai dh tua² ni nak”, “cerdik nya anak ni..pandai tak terkata membuat happy je melihat si kecik ni lincah nya”, “Pndainyer nyanyi..dia boleh hafal lagu ni”.

“Dakcik ni mcm mamanya”, “Hebatnya boleh hafal.”, “Hahaha bawa g nega kompom licin jualan mamanya”, “Pandai-pandai”, “Sedap suara …..menurun mak ni confirm”, “ni mmg dia nyanyi ker?? sedap suara dia. sebutan pun jelas”.

Itu antara komen netizen. Dapat juga dilihat Adira yang sedang berada di belakang Anggerik dalam video ini tergambar wajah kepuasan dan bangga tatkala anaknya itu dapat mengalunkan lagi itu dengan baik.

Mendirikan rumah tangga dengan Adnan pada 3 Disember 2015, hasil perkongsian hidup, selain Anggerik, 6, tiga lagi cahaya mata mereka berdua ialah Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub 1.

Agak menyentuh hati juga apabila ada yang memberikan komen di hantaran video Adira itu, sikapnya yang penyayang dan pandai mendidik anak biarpun bergelar isteri kedua hasilnya mendapat zuriat yang bijak dan helok.

Apa pun moga sentiasa ceria dan bahagia anak-beranak ini. Mana tahu suatu hari nanti Anggerik pun mampu menjadi penyanyi berbakat dan terkenal seperti ibunya. Siapa tahu… doakan saja yg baik-baik ya…

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!