“Sedapnya Mira Filzah nyanyi, ada bakat terpendam rupanya”, Mira Filzah tunjuk bakat nyanyian di sepahtu reunion

Ada tak peminat-peminat kumpulan Sepahtu yang tengah baca ni? Kalau ada, korang beruntung tau sebab dapat tengok kumpulan korang beraksi secara langsung. Macam tahun sebelum-sebelum ini, Sepahtu reunion memang sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat-peminat. Jadi untuk tahun ini, Sepahtu akan kembali secara live di Astro mulai 25 Januari 2019 tau. Kumpulan yang terdiri daripada Jep, Shuib, Pakya dan Rahim ini pasti akan membuatkan anda terhibur dengan lawak jenaka mereka.

Sepahtu reunion live merupakan satu rancangan hiburan yang ditayangkan dikaca TV dimana menampilkan kumpulan sepahtu iaitu jep, rahim dan juga shuib. Selain itu, setiap minggu juga dijemput artis undangan yang dirahsiakan identiti mereka kepada kumpulan sepahtu sendiri. Terbaru, Mira filzah telah dijemput sebagai ‘cameo’ didalam rancangan tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah Mira Filzah sendiri telah menunjukkan bakat nyanyiannya dalam episod tersebut. Ada bakat terpendam rupanya mira ni. Rata-rata penonton yang hadir memberi tepukan dan sorakan yang gemuruh kepada Mira Filzah.

Episod kali ini juga menampilkan Dato’ Yusuf Haslam sebagai Tuan Inspektor.

Komen netizen;

First time aku dengar dia nyanyi weyh…

Tak payah autotune…

Dah la comel,pandai nyanyi lagi…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: IG @sepahtureunionliveofficial via limaumadu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*