“Sedap sungguh suara pembaca berita ni”- netizen teruja Tokti jadi pembaca berita

Alahai, Dato Siti Nurhaliza jadi pembaca berita? Memang tak berganyak la semua dari tengok berita gara gara nak tengok wajah manis Dato Siti dan mendengar suara merdu penyanyi no 1 negara ini. Baca berita pun sedap merdu je min dengar suara Dato Siti ini. jom kita tengok 2 vdeo comey Dato Siti di belakang takbir pembikinan pengacaraannya di komuniti awani.

Nantikan kemunculan dan penampilan saya luar daripada apa yang saya biasa lakukan, di Komuniti Awani di saluran 501, Astro Awani pada 16 Mei 2019, jam 8.15 malam. Nantikan ya! @501awani
Busana: @ep_official @epyayingklcc Solekan:@epie_temerloh Tudung: @galeriariani

Alahai kalau secantik ini la pembaca berita memang tak berganjak dari tv sampai habis rancangan.

Dato Siti Nur haliza juga memuat naik beberapa gambar dan vdeonya sepanjang pembikinan tersebut mencuit hati netizen dan semua peminatnya. Menurut Dato Siti, dia akan muncul pada 16 mei jam 8.15 malam di tv astro avani saluran 501 untuk rancangan komuniti awani.

Adakah ini program amal? Jom kita save date dan masa ini untuk sokong dan tengok secara live di tv astro awani nanti.

Netizen juga sangat teruja apabila tahu Dato Siti menceburi bidang di luar kebiasaannya sebagai seorang usahawan dan penyanyi atau penghibur. Rata rata netizen memberi komen yang positive dan memuji kecomelan Dato Siti dalam vdeo tersebut.

“Wow kalo tokti baca berita tiap hari memang tgk terus “- netizen

Agak agak kenapa Dato Siti tiba2 membuat liputan khas di asto awani? Melalui sumber dari Astro awani
Sempena Hari Guru yang akan diraikan Khamis ini. Datuk Seri Siti Nurhaliza, membuat kemunculan dalam Komuniti AWANI khas menghargai golongan pendidik. Jadi sama sama kita nantikan kemunculan Dato Siti Nurhaliza di astro Awani.

Sempena hari guru juga, Dato Siti menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada semua guru guru yang telah mengajarnya dari sekolah tadika dan sangat memberi banyak manfaat kepada dirinya.

Sumber : IG ctdk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*