Sedang Sibuk Mengacara AJL, Alif Satar Hantar Mesej Untuk Isterinya, Alahai Sweetnya

Demam Ajl masih masih lagi belum reda. Kita imbas kembali apa yang berlaku di Ajl 32 musim lalu. Alif Satar bukan sahaja pandai menyanyi, berlakon malah dia juga punyai bakat dalam bidang pengacaraan. Ini terbukti apabila gandingannya bersama Sherry Al Hadad dalam Anugerah Juara Lagu 32 semalam mendapat pujian orang ramai. Tidak over, elegan dan setiap mesej yang disampaikan jelas dan teratur.

Kata orang, disebalik kejayaan seseorang itu pasti ada orang yang sentiasa menyokong. Baca apa yang Alif Satar hantar kepada isterinya walaupun dia sedang sibuk jadi pengacara AJL. Alahai sweetnya!Walaupun sibuk, Alif masih ingatkan isteri tercinta

Paparan skrin diatas telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dimana ia menunjukkan text yang dihantar oleh Alif Satar kepada isterinya. Paling sweet sekali, dalam kesibukan Alif mengacara AJL secara langsung dia tetap menghargai sokongan isterinya. Sweet kan?

Untung la dapat suami penyayang, ingat pengorbanan serta sokongan yang diberi semasa susah senang Alif menjadi artis ini. Sikap yang dtinujukkan Alif wajar dijadikan contoh untuk suami diluar sana kerana dengan menghantar ucapan yang ringkas pada isteri, ia sudah cukup untuk membuatkan isteri dihargai.

Saya Minta Isteri Berhenti Kerja, Saya Akan Sara Keluarga- Alif Satar

Penyanyi dan pelakon Alif Satar menjelaskan dia meminta isterinya Shadila Halid, 32, berhenti kerja untuk memberi perhatian kepada keluarga.

Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 26, berkata, isterinya sudah tidak lagi bekerja sebagai pengurus jenama sebuah syarikat telekomunikasi kerana ingin dia menumpukan sepenuhnya perhatian kepada anak-anak dan keluarga.

“Saya juga merupakan seorang lelaki yang normal jadi kalau boleh apabila balik ke rumah ada isteri yang menunggu dan menghidangkan makanan di atas meja setelah seharian penat bekerja.

“Saya minta dia agar berhenti kerja dan beri perhatian sepenuhnya kepada keluarga sahaja, lagipun tahun depan kami akan mendapatkan anak kedua jadi lebih baik dia yang menguruskan segalanya.

“Biar saya seorang sahaja yang keluar untuk mencari duit untuk keluarga,” katanya.

Sumber : ohbulan/gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*