Sebak baca ucapan Jejai buat anak, netizen doakan Jejai cpt bertemu jodoh

Nama Rizal Ashram atau nama sebenarnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli pernah mendapat liputan meluas media ketika isu beliau bersama bekas isterinya yang merupakan pelakon popular Nora Danish dan Fasha Sandha menjadi topik hangat perbualan para netizen. Kisah rumahtangga beliau yang mesra disapa sebagai Jejai itu mengundang kontroversi kerana ketika mengahwini Fasha beliau merupakan bekas suami kepada Nora Danish.

Tempoh perkahwinan mereka juga tidak begitu lama apabila Jejai dan Nora Danish telah bercrai talak satu ketika sedang mengandungkan anak sulung mereka Putra Rayqal.

Jejai kemudiannya mendirikan rumahtangga bersama Fasha Sandha pada tahun 2012. Bagaimanapun mahligai pasngan itu juga tidak bertahan lama apabila membuat keputusan untuk bercrai pada tahun 2016 setelah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Ekoran masalah peribadi yang melanda kedua-dua pelakon ini, Fasha Sandha dan Nora Danish juga pernah bersengketa selama beberapa tahun kerana masalah rumahtangga yang mereka hadapi suatu ketika dahulu.

Namun Fasha dan Nora akhirnya mengambil langkah untuk berdamai demi kebajikan dan kebahagiaan anak-anak mereka bersama dengan bekas suami Jejai.

Jejai secara berlapang dada sering menghadiri majlis keraian yang di anjurkan oleh bekas isterinya itu kerana mahukan anak-anak gembira dengan kehadiran dirinya.

Memuatnaik beberapa keping gambar Rayqal bersempena hari kelahiran, Jejai menitipkan pesanan buat anak sulungnya itu. Luahan hati seorang bapa itu mencuri tumpuan para pengikut akaun Instagram beliau.

Ucapan penuh emosi dan ikhlas itu mengundang perasaan sebak buat para pengikut akaun instagramnya. Para pengikutnya juga berkata mereka sememangnya menantikan ucapan Jejai buat anak-anak setiap kali hari jadi kerana terinspirasi dengan kata-kata Jejai untuk anaknya itu. Dapat dirasa begitu besar pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa terhadap anak. Berikut komen yang ditulis netizen.

“Hepi besday.. Tiap tahun suka baca ucapan hari lahir setiap Anak2 tuan.. Sgt deep…. Luahan n ucapan Dr seorg bapa yg penyayang..” – Netizen

“Happy Birthday handsome Rayqal. Be good boy okay. Ingat pesan Daddy. Auntie pun suka pesanan daddy yg hujung2 tu- kpd Rayfal dan Jemyma pun Daddy pesan begitu-.

I love to read it..peringatan juga kpd Auntie yg membca spy berpesan2 dgn ank2 spy jgn lupa Tuhan, jadi org berguna dan berbuat baik kpd ahli keluarga.. Moga Allah peliharamu selalu anak” – Netizen

“Teman pulak yg sebak baca ucapan hari jadi dari miker utk anak miker. Selamat Hari Jadi Rayqal. Semoga menjadi anak yg membanggakan dan berjasa pd ibu bapa, anak yg taat perintah Allah dan anak yg berjaya didunia & diakhirat.”

Rata-rata para pengikut beliau tersentuh melihat kasih sayang Jejai yang tidak berbelah bahagi buat anak-anaknya itu. Bekas isterinya pula kini masing-masing telah bahagia dengan kehidupan rumahtangga mereka.

Nora telahpun berkahwin dengan Nedim Nazri dan Fasha pula berkahwin dengan Aidil Aziz. Kedua-dua pasngan ini telahpun dikurniakan seorang anak hasil perkahwinan baru.

Sebelum ini Nora dan Fasha juga turut sama mendoakan supaya Jejai juga di percepatkan jodoh. Sebagai bekas isteri, mereka berdua juga memuji Jejai sebagai seorang ayah yang baik kepada anak-anak.

Jejai sentiasa menjaga kebajikan anak-anak dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau buat semua anak-anaknya.

Jejai merupakan seorang ayah yang sangat penyayang buat anak-anak. Nora dan Fasha telah bahagia dengan kehidupan masing-masing. Mudah-mudahan Jejai juga akan bertemu pasngan hidup yang sesuai selepas ini.

Sumber: ig rizalashram

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*