Sayu Erra Fazira kongsi kisah hidupnya serta luahan sebak pada anaknya Aleesya

Selebriti popular Erra Fazira dikenali dengan sifat ‘happy go lucky’ dan sering mengukir senyuman yang manis. Namun, disebalik semua itu, pelbagai onak duri yang Erra tempuhi dalam hidupnya. Selain berkongsi mengenai perjalanan seninya sehingga ke hari ini, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya pada awal percer4iannya bersama Engku Emran, lebih tiga tahun lalu.

Menerusi program Di Balik Idola, bintang terkenal itu meluahkan cerita yang terbuku di hati.

“Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya.

“Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mataku. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang,” katanya seperti yang dipetik.

Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana ini juga turut memberitahu, perkara yang paling sedih pada ketika itu ialah apabila terpaksa berpisah seketika dengan anak tersayang.

“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak

“Orang tak tahu..kenapa dia ni berpisah, dia tak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkrban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya,” kongsi Erra dalam linangan air mata.

“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercer4i kemudian berg4duh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila berlaku pada saya, saya berazam tidak mahu lakukan itu pada anak saya.

“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan skit. Jadi dalam hal ini saya saakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia.

“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi,

Pada masa sama, Erra turut mengakui dia lebih rela untuk melihat kebahagiaan anak dengan menerima kasih sayang daripada semua pihak.

“Saya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak saya menangis. Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom krbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya.

“Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” jelas Erra panjang lebar.

Agak sebak juga mendengar setiap luahan hati dan perkongsian Erra mengenai keperitan dalam hidupnya. Memang seorang wanita yang kuah dan tabah mengharungi segala dugaan serta ujian. Semoga satu hari nanti Erra bertemua jua kebahagiaan.

Sementara itu, nama Erra Fazira bukanlah asing dalam industri hiburan tanah air sejak lebih dua dekad lalu. Dalam tempoh 25 tahun berkecimpung dalam bidang perfileman, pelbagai pahit getir dilalui pelakon dan penyanyi jelita ini.

Pada usia 45 tahun, Erra masih laris memenuhi undangan berlakon dan namanya terus bertahan hingga hari ini.

Namun, glamor dan populariti bukan menjadi keutamaan Erra lagi.

“Saya sudah puas bergelumang dalam dunia glamor pada awal pembabitan dulu. Kini, saya lebih selesa melakonkan watak pembantu dalam filem.

“Memang ada tawaran watak h3r0in dalam projek drama tetapi saya terpaksa menolaknya kerana kekangan masa,” katanya.

Menurut Erra, dia juga perlu membahagikan masa dengan sebaik mungkin untuk bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran.

“Dalam tempoh seminggu, saya bekerja selama empat hari dan selebihnya hari untuk bersama anak. Sebab itu saya selesa terbabit dengan watak pembantu dalam drama atau filem kerana mahu meluangkan masa berkualiti bersama anak,” katanya.

Selain projek filem, Erra juga terbabit sebagai hos program bersama Mingguan Wanita dan drama bersiri Gerak Khas sehingga September nanti.

KEMBALI DENGAN FILEM WANGI

Erra bukanlah peminat cerita sram tapi peluang berlakon dalam filem Wangi sukar dilepaskannya. Bagi Erra, dia mengambil tawaran berlakon dalam filem genre sram dan psiko thriller itu kerana tertarik dengan skripnya yang ada kelainan.

“Sebenarnya saya tidak selesa berlakon cerita sram kerana mahukan ketenangan jiwa. Pada mulanya, saya tidak tahu Wangi cerita s3ram tetapi hati terbuka untuk terima tawaran produser filem itu kerana skripnya menarik.

“Pada masa sama, saya tertarik dengan gabungan mantap pelakon seperti Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad dan Syazwan Zulkifli,” katanya.

Berkongsi mengenai wataknya pula, kata Erra, dia melakonkan watak Nor, wanita yang berdepan konflik jiwa selepas melahirkan anak dan menjalani tempoh berpantang.

“Ada misteri yang berlaku dalam rumah membabitkan suami dan pembantu rumahnya, Bella (lakonan Nabila) yang tidak diketahui Nor termasuk misteri kehilangan Bella,” katanya.

Ditanya dari segi cabaran pula, kata Erra, dia berdepan cabaran tersendiri untuk menjiwai watak Nor.

“Ia bukan perkara mudah kerana saya memang tidak minat menonton cerita sram. Saya perlu bercakap seorang diri dan membayangkan makhluk halus itu di sebelah. Ada babak sram yang myat juga muncul depan mata,” katanya.

Mengenai gandingan dengan Sharnaaz pula, kata Erra, dia tiada masalah mendapatkan keserasian dengan pelakon itu.

“Sharnaaz memang tidak kekok melakonkan watak Khuzairi yang juga suami Nor dalam filem ini. Dia pelakon yang bagus dan memang mudah dibawa berbincang sekali gus berusaha memberikan yang terbaik pada filem ini,” katanya.

Filem Wangi arahan Yeop Hitler dan terbitan Resilience Studio Sdn Bhd ini bakal ditayangkan bermula 5 September nanti.

Selain Wangi, dua lagi filem lakonan Erra yang menanti tarikh tayangan ialah filem komedi Bikin Filem dan Rumah.

Sumber: Instagram Erra Fazira via warung kekayu/ harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*